I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 7 August 2012

Itu Bukan Hak Kau.


Hari Khamis lepas 2607, hari yang buat Daun terfikir tentang hak. Tidak, Daun tidak berkehendak mentakrifkan maksud ‘hak’ untuk entri ini. Cuma, Daun hendak kongsikan persoalan untuk sama-sama kita fikir.

Pada hari tersebut, lebih kurang jam 12 tengah malam. Daun meminta rakan Daun menggoreng keropok lekor sebab kami ada beli sos MAHAL kat pasaraya kat tempat Daun tinggal siangnya. Disebabkan masa yang begitu mencemburui, tengah malam baru lah sempat nak merasa sos MAHAL tu. Maklumlah, dah nama pun MAHAL, teringin nak merasa sos yang MAHAL ni walaupun dah tengah malam. Waktu rakan Daun sedang menggoreng, Daun berada di dalam bilik air. Tiba-tiba terdengar rakan Daun ni menjerit. Cepat-cepat lah Daun keluar. Yelah dok ingat kuali terbalik ke apa. Rupanya keropok lekor yang tengah digoreng tu meletup. Minyak yang tengah menggelegak dalam kuali tu accidentally splashed kena ½ tapak tangan dia.

Apa lagi, start engine motor, terus bawa dia cari klinik berdekatan. Allah sahaja yang tahu macam mana perasaan bila dah berlaku kecemasan macam tu, tapi tak ada satupun klinik yang buka! Nak tak nak, redah highway terus ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, HUKM. Alhamdulillah, nasib baik hospital buka!

Suasana di hospital malam itu berbeza. Agak ramai orang. Muka masing-masing nampak risau. “malam-malam macam ni kalau ramai accident lah ni” terdetik juga di hati. Cina ada, India ada, Melayu pun ada malam tu.
**********
Dah empat hari. Kawasan tapak tangan rakan Daun yang terkena minyak panas tu menggelembung dengan air bisa. Makin hari makin merebak gelembung tu. “kita kena pergi hostpital ni. Makin teruk.”Sekali lagi, Daun bawa dia pergi HUKM untuk buat check up.
 
Sementara menunggu rakan Daun jumpa doktor, Daun nampak ada sepasukan askar di bahagian luar kawasan menunggu sedang boarding mayat dalam van jenazah. Ada dua tiga rakan askar tersebut yang tak dapat menahan sebak dan menangis di luar van tersebut. Suasana waktu tu macam waktu terhenti. Segala yang terjadi dalam hospital tu, gerak jalan, jam semuanya macam bergerak perlahan. 

Sayu.

Tiga kali consultation hari tu. Kali pertama dengan doktor biasa. Kali kedua pun sama. Kali ketiga Doktor Pakar Plastik yang consult rakan Daun. Katanya kulit dia dah rosak tahap kedua. Dan ada kemungkinan ibu jari nya tak dapat berfungsi lagi (disfunction).

Orang cakap, apa yang terjadi semua ada hikmah nya.

Allah pula berfirman,
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaan) bahawa sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.” (Alam Nasyrah :: 5)
Don’t Be Sad! Orang putih cakap,

La Tah Zan! Orang Arab cakap,

Jangan Bersedih! Orang melayu cakap.

Semua pun bila berlaku musibah, atau masalah pasti akan cakap “relakslah jangan sedih-sedih macam ni.”

Rasional kah untuk suruh orang yang merasai kehilangan dan sakit untuk tidak bersedih? Wajarkah perlakuan tersebut sedangkan sedih itu fitrah manusia?

Andaikan Datin R membeli cincin berharga billion dollar. Seminggu kemudian cincin itu hilang. Sebagai orang yang tak mempunyai apa-apa pertalian dengan Datin R, wajarkah Daun bersedih atas 
kehilangan cincin tersebut?

Ya, terimalah hakikat. Tidak ada satupun di dunia ini yang hak atau milik kita secara mutlak. Semua yang ada dan yang tak ada di dunia ini adalah milik Dia. Dialah Allah Tuhan Sekalian Alam. Dia lah al-Khaliq (Yang Maha Mencipta), al-Bari(Yang Maha Mengadakan).

Tak siapa yang sangka tengah sibuk menggoreng, minyak meletup dan terkena tangan. Melecur.
Ramai yang berdarah akibat kemalangan. Tak pasal-pasal luka. Terkoyak kulit.

Jika anda mengatakan tangan dan kaki anda hak anda, bagaimana mungkin anda dapat tahan daripada kerosakan terhadap kedua-duanya apabila berlaku kemalangan? Ramai antara kita yang tak sedar atau terleka dan terlupa. Tubuh badan yang kita gunakan sekarang ini bukan milik kita. Ini semua hak Allah dan kita semua hanya meminjam dari Allah SWT.

Rupa paras yang cantik, kulit yang licin, rambut yang lebat dan lurus, tak mustahil akan jadi buruk, berkedut, nipis dan rosak jika Allah berkehendak sedemikian.

Seorang perdana menteri, harta setinggi langit dan bumi, pandai dan bijaksana, tak mustahil akan jadi rakyat biasa, papa kedana, bodoh dan dungu jika Allah berkehendak sedemikian.

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membangga diri.”(Luqman :: 18)
Jadi kenapa perlu sombong? Apa yang kita ada sekarang tak semestinya kita akan ada esok. Jadi bersyukurlah.

Bila baca yaasin ramai-ramai, bila baca tahlil ramai-ramai, bila melihat van jenazah di jalan raya, tak terfikir kah kita…
“bila yaasin ini akan dibacakan pada aku?”
“bila tahlil ini akan dibacakan untuk aku?”
“bila van jenazah ini akan membawa aku?”
“apakah perasaan yang akan aku rasa apabila melihat ibu bapa aku menangis, adik-adik di hadapan, teman-teman juga ada dan aku tak dapat katakan apa-apa pada mereka?”
Sahabat, nyawa kita hanya nombor, tetap juga hak Allah. Bila Allah berkehendak kan kita mati, siapa sahaja yang dapat tolong kita?
Di kesempatan ini marilah kita sama-sama mengucapkan sebanyak mungkin yang boleh istighfar (astarghfirullah al’azim), tasbih (subahanallah), tahmid (alhamdulillah), dan takbir (Allahuakbar).

Ingatlah,Allah lah pemilik sekalian yang ada di langit dan di bumi. Kita hanya pinjam.
“Dan kepunyaan Nya lah siapa saja yang ada di langit dan di bumi. Semuanya hanya kepada Nya tunduk.”(al-Rum :: 26)
DAN
“…ketahuilah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah suatu yang mainan dan melalaikan”(al-Hadid :: 20)
Ps: kulit kau yang melecur tu, bukan hak kau.

Semoga dosa kau dihapuskan Allah dan diangkatkan darjat dengan asbab kesabaran kau menghadapi dugaan ni.
“Apabila Allah memberikan sesuatu musibah kepada seorang hambanya, Dia memberinya sama ada untuk menghapuskan dosa-dosanya atau untuk mengangkat darjat seseorang hamba itu.”(Musnad Ahmad)
"Mata melihat, akal berfikir, iman tentukan"

No comments:

Post a Comment