I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 17 September 2012

Merdeka!, Merdeka!, Merdeka!, Merdeka!, Merdeka!, Merdeka!, Merdeka! (cukup tujuh kali tak?)

Banyaklah kau punya merdeka. Dok terlolong laung merdeka, tapi bila tanya apa makna merdeka?, kata kau bebas dari penjajah.. Tanya siapa bapa kemerdekaan? Tunku Abd Rahman. Hello, apa dari sejak kau lahir sampai sekarang itu je ka yang mampu kau cakap tentang kemerdekaan?

Ya, memang aku bengang, bengang dengan pemimpin negara yang bermati-matian mempertahankan kedudukan, berusaha keras untuk terus di atas mentadbir. Hei, apa niat utama menjadi seorang pemerintah? Ya, memang aku rasa kau failed untuk jawab soalan ni. Sebab aku rasa niat kau jadi pemimpin memang sudah terpesong sejak dari awal.

Kenapa aku bengang? Entah berapa banyak persoalan, perasaan yang membuak-buak dalam diri ini bila aku dengar, si putera dan puteri kulit putih sana datang sini NAK TENGOK-TENGOK TANAH JAJAHAN diorang. Walawei, apa menda kau orang merepek ni?

Aku kalau boleh tak nak tulis berkenaan kemerdekaan ni. Sebab isu ni sememangnya tak dapat lari dari politik negara. Tapi bila dah pemimpin makin naik minyak, politik kucar kacir, dah semua benda pun sibuk nak selitkan kempen, tambah pulak datang ‘white meat’ dok bagi statement panas, aku memang tak leh nak duduk diam lagi.

Apa makna kemerdekaan negara bagi korang?

Bila sebut merdeka, sebut sejarah tanah melayu, nak termuntah rasanya. Semacam nya banyak sangat persoalan yang tak terluah sejak dari dulu. Dari zaman tak bersekolah, ke zaman bersekolah hingga ke zaman universiti. Bila tengok tv, asal hari kemerdekaan sahaja, memang muka dialah yang dipromosikan. Tahukan siapa? Apa hanya dia sahaja kah yang memperjuangkan kemerdekaan? Bila baca isu kemerdekaan kat buku-buku teks sejarah kat sekolah tu, apa yang dapat aku rumuskan, manusia yang paling banyak disebut namanya tatkala membincang kan perjuangan menuntut kemerdekaan ialah Dato’ Onn Jaafar. Humph, cuba korang baca semula buku teks sejarah form5, korang akan dapati betapa berat sebelahnya content sejarah tu. Aku nak quote apa guru tuition aku Mr.Siva cakap waktu aku form 5 dulu, katanya “kalau u all nak tahu tentang sejarah Tanah Melayu dengan lebih tulus, cari buku sejarah tentang Tanah Melayu yang ditulis oleh penulis luar.” Fahamkan maksudnya? Memang masalah besar apabila sejarah juga dipolitik kan.

Teruskan sebut nama si dia.. teruskan gelarkan dia bapa kemerdekaan.. teruskan, teruskan.. teruskan simpan nama-nama pejuang yang lain di dalam kabinet.. Jangan diendah mereka yang terkorban melawan Jepun, jangan dikisah mereka yang dibuang negeri kerana memperjuangkan Islam ketika tanah diceroboh..

Terima kasih pada nek moyang si putera puteri si kulit putih kerana mengambil Tanah Melayu dari jajahan Jepun. Terima kasih pada nek moyang mereka kerana menjajah kita setelah itu, dan kemudian nya akibat satu perjanjian, terpaksa dilepaskan Tanah Melayu untuk berkerajaan sendiri.. Sedih nek moyang si putera puteri si kulit putih, susah-susah lawan Jepun dan jajah Tanah Melayu, kena pula lepaskan.. tak mengapa lah walau berat rasa di hati, nek moyang si putera puteri si kulit putih bukan
sahaja melepaskan Tanah Melayu untuk berkerajaan sendiri, ditolong lagi penduduk Tanah Melayu cara-cara mentadbir negara, siap tolong buatkan perlembagaan lagi. Hahaha. Rasa-rasanya ada udang di sebalik batu tak?

Itu bab sejarah, tengok pula kat sekolah kat mana hala pun, bila merdeka je masing-masing pun jadi kreatif. Bendera jadi bajulah,




bendera jadi alas meja lah, bendera jadi songkok lah, bendera jadi sarung atap rumah lah, sekarang ni, nama ‘Malaysia’ pun jadi brand seluar dalam. Pernah korang tengok seluar dalam satu Malaysia?


Nah kau, Malaysia di merata tempat sampai jadi boxer. Apa jadah kau itu cara sambut merdeka? Can’t u show some respect kat bendera kita? Bendera itu dibuat untuk dikibar lah !!

Macam mana cara sambut merdeka? Aduhai………… ini paling aku lemah, dah lah sekarang ni kalau kita tengok filem-filem melayu banyak adegan-adegan s**l yang ditonjolkan, ada juga adegan-adegan yang mencemarkan kesucian masjid macam dalam filem Bini-bini Ku Gangster, juga cerita-cerita hantu seram dan hantu komedi yang mengarut, dan lambakan kartun-kartun dari jepun yang busuk macam kartun Hagemaru. Nah anak-anak muda juga seisi keluarga diberi lagi santapan rohani dengan konsert itu dan konsert ini. Nak buat sambutan sikit, panggil k-pop bagai.



Kononnya nak rapat dan memahami jiwa anak muda. Itu ada pemimpin lelaki yang menonjolkan diri dengan pemakaian rantai sewaktu menghadiri konsert. Aduhai, aduhai, barah sudah ni… Apa yang kau nak sebenarnya ni?kuasa?kedudukan?duit? kau dah ada dah semua tu, cari lah akhirat pula.. kejap-kejap kau jerit suruh anak-anak muda buka minda, berfikir di luar kotak, berani menyatakan pendapat, kuatkan modal insan, mengamalkan konsep wasatiah, bla bla bla bla.. sekarang ini realitinya kau bagi pulak anak-anak muda tu dengan gula-gula yang melampau. Apa kau nak bagi kami mati dengan diabetes?

Kau hidangkan anak-anak muda dengan hiburan yang melampau.. kau rasa kau mampu tingkatkan modal insan anak-anak muda dengan approach macam ni? kau silap besar bro, kau menjahanamkan bakal-bakal pemimpin negara. Kau sedar tak?? Oh mesti kau sedar sebab itu kau tak hantar anak kau belajar dalam negara yang kau tadbir. Tak gitu? Ajarlah kami sambut merdeka dengan cara yang elok wahai pemimpin.

Sejak kau memerintah, anak-anak muda makin menggila kau perasan tak tu? Aku tak peduli dengan pembangunan. Aku bukan mahir bab-bab pembangunan atau pemodenan. Tapi aku sangat concern dengan sahsiah masyarakat Malaysia ni. kau bagi banyak sangat medium untuk bersosial kat anak-anak muda, itu yang banyak sangat masalah-masalah sosial kat negara ni. kau lah punca utama nya. Mesti kau tak sedar tu kan?

Islam ditindas dalam perlembagaan. Itu yang dengan rancak orang bukan Islam berusaha memurtadkan orang Islam. Buta-buta mereka gunakan perlembagaan untuk memberi kebenaran orang Islam murtad di Malaysia. Rakyat sana sini terpekik terlolong meminta isu murtad ini diselesaikan, apa pemimpin negara buat dek jeka tak rombak perlembagaan agar Islam itu dijadikan dasar utama perlembagaan?

Hari Kemerdekaan kali yang ke-55 dengan slogan janji ditepati. Apa rasionalnya? Hahaha. Slogan yang bagi aku sangat partisan. Hebah slogan Janji Ditepati dan pada masa yang sama di dada akhbar rancak mengatakan kerajaan negeri Selangor tidak menepati janji. Apa tu? Kebetulan atau dirancang? Tup tap tup tap keluar pula lagu kemerdekaan Saya Pilih Malaysia (versi Bahasa Malaysia) dan I Choose Malaysia (versi Bahasa Inggeris). Ini lagi satu, apa rasional lagu ni? nama pun rakyat Malaysia, tak kan kita nak cakap ‘saya pilih Indonesia’, ‘saya pilih Myanmar’, ‘saya pilih India’, dah tentu tentu lah kita akan cakap ‘saya pilih Malaysia!’. Come on man, tak kan kemerdekaan pun kau nak selit-selit berkempen? Mana semangat kemerdekaan kau?

Merdeka dah 55 tahun katanya tapi realiti nya kita ni bagaikan tidak pernah walau sehari merdeka daripada penjajahan. Dari perlembagaan sampai lah ke sistem pertahanan kita masih lagi dibayangi sistem dahulu kala yang disusun atur penjajah. Jadi di mana kita merdeka?

p.s : kadang-kadang manusia ketika berjalan itu perlu jatuh tersadung batu agar manusia tahu bagaimana rasanya sakit terjatuh, dan betapa nikmat bila dapat berjalan. Dan Daun sama sekali tidak menginginkan Malaysia ‘jatuh’ untuk sedar betapa nikmatnya keamanan. Sama-samalah kita pelihara dan baiki keadaan negara tercinta, Malaysia.

"Mata melihat, akal berfikir, iman tentukan"

Tuesday 7 August 2012

Itu Bukan Hak Kau.


Hari Khamis lepas 2607, hari yang buat Daun terfikir tentang hak. Tidak, Daun tidak berkehendak mentakrifkan maksud ‘hak’ untuk entri ini. Cuma, Daun hendak kongsikan persoalan untuk sama-sama kita fikir.

Pada hari tersebut, lebih kurang jam 12 tengah malam. Daun meminta rakan Daun menggoreng keropok lekor sebab kami ada beli sos MAHAL kat pasaraya kat tempat Daun tinggal siangnya. Disebabkan masa yang begitu mencemburui, tengah malam baru lah sempat nak merasa sos MAHAL tu. Maklumlah, dah nama pun MAHAL, teringin nak merasa sos yang MAHAL ni walaupun dah tengah malam. Waktu rakan Daun sedang menggoreng, Daun berada di dalam bilik air. Tiba-tiba terdengar rakan Daun ni menjerit. Cepat-cepat lah Daun keluar. Yelah dok ingat kuali terbalik ke apa. Rupanya keropok lekor yang tengah digoreng tu meletup. Minyak yang tengah menggelegak dalam kuali tu accidentally splashed kena ½ tapak tangan dia.

Apa lagi, start engine motor, terus bawa dia cari klinik berdekatan. Allah sahaja yang tahu macam mana perasaan bila dah berlaku kecemasan macam tu, tapi tak ada satupun klinik yang buka! Nak tak nak, redah highway terus ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, HUKM. Alhamdulillah, nasib baik hospital buka!

Suasana di hospital malam itu berbeza. Agak ramai orang. Muka masing-masing nampak risau. “malam-malam macam ni kalau ramai accident lah ni” terdetik juga di hati. Cina ada, India ada, Melayu pun ada malam tu.
**********
Dah empat hari. Kawasan tapak tangan rakan Daun yang terkena minyak panas tu menggelembung dengan air bisa. Makin hari makin merebak gelembung tu. “kita kena pergi hostpital ni. Makin teruk.”Sekali lagi, Daun bawa dia pergi HUKM untuk buat check up.
 
Sementara menunggu rakan Daun jumpa doktor, Daun nampak ada sepasukan askar di bahagian luar kawasan menunggu sedang boarding mayat dalam van jenazah. Ada dua tiga rakan askar tersebut yang tak dapat menahan sebak dan menangis di luar van tersebut. Suasana waktu tu macam waktu terhenti. Segala yang terjadi dalam hospital tu, gerak jalan, jam semuanya macam bergerak perlahan. 

Sayu.

Tiga kali consultation hari tu. Kali pertama dengan doktor biasa. Kali kedua pun sama. Kali ketiga Doktor Pakar Plastik yang consult rakan Daun. Katanya kulit dia dah rosak tahap kedua. Dan ada kemungkinan ibu jari nya tak dapat berfungsi lagi (disfunction).

Orang cakap, apa yang terjadi semua ada hikmah nya.

Allah pula berfirman,
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaan) bahawa sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.” (Alam Nasyrah :: 5)
Don’t Be Sad! Orang putih cakap,

La Tah Zan! Orang Arab cakap,

Jangan Bersedih! Orang melayu cakap.

Semua pun bila berlaku musibah, atau masalah pasti akan cakap “relakslah jangan sedih-sedih macam ni.”

Rasional kah untuk suruh orang yang merasai kehilangan dan sakit untuk tidak bersedih? Wajarkah perlakuan tersebut sedangkan sedih itu fitrah manusia?

Andaikan Datin R membeli cincin berharga billion dollar. Seminggu kemudian cincin itu hilang. Sebagai orang yang tak mempunyai apa-apa pertalian dengan Datin R, wajarkah Daun bersedih atas 
kehilangan cincin tersebut?

Ya, terimalah hakikat. Tidak ada satupun di dunia ini yang hak atau milik kita secara mutlak. Semua yang ada dan yang tak ada di dunia ini adalah milik Dia. Dialah Allah Tuhan Sekalian Alam. Dia lah al-Khaliq (Yang Maha Mencipta), al-Bari(Yang Maha Mengadakan).

Tak siapa yang sangka tengah sibuk menggoreng, minyak meletup dan terkena tangan. Melecur.
Ramai yang berdarah akibat kemalangan. Tak pasal-pasal luka. Terkoyak kulit.

Jika anda mengatakan tangan dan kaki anda hak anda, bagaimana mungkin anda dapat tahan daripada kerosakan terhadap kedua-duanya apabila berlaku kemalangan? Ramai antara kita yang tak sedar atau terleka dan terlupa. Tubuh badan yang kita gunakan sekarang ini bukan milik kita. Ini semua hak Allah dan kita semua hanya meminjam dari Allah SWT.

Rupa paras yang cantik, kulit yang licin, rambut yang lebat dan lurus, tak mustahil akan jadi buruk, berkedut, nipis dan rosak jika Allah berkehendak sedemikian.

Seorang perdana menteri, harta setinggi langit dan bumi, pandai dan bijaksana, tak mustahil akan jadi rakyat biasa, papa kedana, bodoh dan dungu jika Allah berkehendak sedemikian.

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membangga diri.”(Luqman :: 18)
Jadi kenapa perlu sombong? Apa yang kita ada sekarang tak semestinya kita akan ada esok. Jadi bersyukurlah.

Bila baca yaasin ramai-ramai, bila baca tahlil ramai-ramai, bila melihat van jenazah di jalan raya, tak terfikir kah kita…
“bila yaasin ini akan dibacakan pada aku?”
“bila tahlil ini akan dibacakan untuk aku?”
“bila van jenazah ini akan membawa aku?”
“apakah perasaan yang akan aku rasa apabila melihat ibu bapa aku menangis, adik-adik di hadapan, teman-teman juga ada dan aku tak dapat katakan apa-apa pada mereka?”
Sahabat, nyawa kita hanya nombor, tetap juga hak Allah. Bila Allah berkehendak kan kita mati, siapa sahaja yang dapat tolong kita?
Di kesempatan ini marilah kita sama-sama mengucapkan sebanyak mungkin yang boleh istighfar (astarghfirullah al’azim), tasbih (subahanallah), tahmid (alhamdulillah), dan takbir (Allahuakbar).

Ingatlah,Allah lah pemilik sekalian yang ada di langit dan di bumi. Kita hanya pinjam.
“Dan kepunyaan Nya lah siapa saja yang ada di langit dan di bumi. Semuanya hanya kepada Nya tunduk.”(al-Rum :: 26)
DAN
“…ketahuilah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah suatu yang mainan dan melalaikan”(al-Hadid :: 20)
Ps: kulit kau yang melecur tu, bukan hak kau.

Semoga dosa kau dihapuskan Allah dan diangkatkan darjat dengan asbab kesabaran kau menghadapi dugaan ni.
“Apabila Allah memberikan sesuatu musibah kepada seorang hambanya, Dia memberinya sama ada untuk menghapuskan dosa-dosanya atau untuk mengangkat darjat seseorang hamba itu.”(Musnad Ahmad)
"Mata melihat, akal berfikir, iman tentukan"

Tentera Malaysia Ku KUNO


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih lagi di takuk lama. Kita sudah pun merdeka 54 tahun dan bakal menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan yang ke 55. Masih, masih di takuk lama yang kira-kira masih berada di sekitar pasca kemerdekaan. Oh, atau mungkin lebih teruk?
“Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh hari mulia negaraku merdeka”
Apa lah ertinya merdeka andai pemikiran, cara hidup dan pelaksanaan ketenteraan masih dibayangi sistem kuno? Ya, SISTEM KUNO.


Pernah pergi camping under askar? Haha, tak payah cerita semua pun tahu betapa lancangnya mulut pegawai-pegawai askar yang bertugas. ‘Babi’, ‘anak haram’, ‘bodoh’, ‘bangang’, ‘haram jadah’, ‘sial’, dan segala macam perkataan kasar keluar dari mulut mereka. Ya, konon nya, askar mesti berperwatakan sedemikian, mean, rude. Kononnya juga itulah definisi tough. Err, atau memang itupun definisi askar?

Itu waktu di zaman sekolah, bila masuk U, berkenalan pula dengan PALAPES atau ROTU. Alah, sama je group ni dengan askar, cuma yang ni bawah sikit dari askar sebab yang ini askar simpanan. Pun sama dengan perihal waktu di zaman sekolah, pak-pak askar ni boleh kata memang terlatih dengan kata-kata kesat yang bagi Daun sssssssssaaaaannngggaatttt annoying dan merendah kan martabat seorang askar.

Ada pernah Daun tanyakan seorang sahabat Daun yang merupakan salah seorang ahli PALAPES. “kau tak kisah kena maki hamun setiap kali latihan?”. Tahu apa jawapan dia? Biar Daun simpulkan dengan kata-kata pujangga Melayu. ALAH BISA TEGAL BIASA!

Alamak, sampai dah terbiasa kena maki hamun. Bukan kah setiap kata-kata itu satu doa? Bukankah Islam telah mengajar kita untuk ucapkan perkataan yang baik-baik dan panggil seseorang dengan nama yang baik-baik?

Memang tak dinafikan mungkin sembahyang telah diutamakan dalam ketenteraan kita (Daun tak pasti) tapi adakah Islam itu hanya solat lima waktu?

Apakah yang utama dalam ketenteraan kita, BERJUANG DEMI AGAMA DAN *BANGSA ATAU BERJUANG DEMI *BANGSA DAN AGAMA?
(*bangsa di sini membawa pengertian bangsa Malaysia seperti yang dicanangkan di dalam buku teks sejarah tingkatan 5 bab Negara Bangsa)

Ini yang sepatutnya dititik beratkan dalam ketenteraan kita. Andai demi agama, agama mesti didahulukan, namun sehingga kini, nampak nya seperti agama menjadi wadah keterbelakang. Iyalah. Masakan boleh keluar skandal-skandal busuk dalam ketenteraan sekiranya Islam itu didahulukan. Iya, media telah pun menutup kes-kes besar yang melibatkan orang-orang besar. Dan sememangnya ketenteraan di Malaysia makin hari makin tercalar imejnya. Yang besar banyak main bawah meja. Yang kecil, pun satu kes.


Pernah dengar kes budak askar (freshman) kena torture dengan senior sampai kena minum air kencing budak-budak senior, diperlaku seperti anjing? Dan sampai lembik budak tu kena belasah.. pernah dengar?

Kes yang paling mutakhir, yang berlaku alahai dekat sangat dengan rumah Daun. Kes budak askar juga kena belasah sampai MATI oleh pegawai-pegawai atasan di kem tentera Sungai Besi sebab tak tabik hormat kat pegawai atasan, walhal askar yang kena belasah tu tak tahu pun orang tu pegawai atasan. Ada dengar? Kes ni baru lagi, baru beberapa hari lepas.

Nampak kah di mana Islam dalam ketenteraan??? Entah di mana tempat di belakang.

Bila ditanyakan kepada mereka yang fanatik dengan askar, atau pegawai-pegawai tinggi askar yang dah pencen atau masih bertugas dengan isu-isu ini, apa yang mereka selalu katakan?
“Dah namapun askar, biasalah tu kena ragging sikit2, kena buli. Kalau baru kena suruh minum air kencing pun tak tahan and nak kecoh satu Malaysia, baik tak payah join askar. Macam mana kalau kena tangkap dengan musuh then kena paksa bagitahu hal-hal sulit ketenteraan kita? Kalau setakat kena minum air kencing yang baru sikit tu pun dah lembik macam mana nak tahan kena seksa yang lebih hebat dari pihak musuh?”
Oh, nak kuatkan diri dari diseksa, kena rasa seksaan dari kawan-kawan dulu. Kiranya kalau seksaan jenis yang duduk atas kerusi besi then kena alir elektrik, so semua askar kita kena biasakan diri kena renjatan elektrik dulu lah??

Agak-agak kena tahan dengan musuh yang askar-askar semua jenis gay, so askar-askar kita kena hadap punggung dengan member-member askar yang lain dulu supaya tahan kena seksa ‘di fuck’ askar-askar musuh bila kena tangkap nanti lah??

Seorang doktor, sebelum bedah orang tengok darah orang lain, kena tengok darah diri sendiri dulu? Barulah tak takut tengok darah. So sebagai preparation nak tengok darah orang lain terpancut-pancut, doktor kena tetak tangan masin-masing dan tengok darah terpancut keluar dari tangan masing-masing dulu lah??

Daun terfikir adakah tentera raja al-Fatih yang berjaya menakluk kota Constantinople dari jajahan Kristian begitu juga? Haha, sudah pasti tidak. Mereka merupakan askar terbaik dari pemimpin terbaik menurut Rasulullah SAW. Tentu tidak ada maki hamun yang kononnya nak tunjuk ganas, mean, rude tadi. Tentu juga tak ada istilah buli dan torture. Jadi, apahal askar-askar kita terbalik?

Jawapan Daun mudah, andai tentera al-Fatih dan tentera Salahuddin al-Ayubi kuat kerana kuatnya keislaman pada mereka, tentu tentera kita lemah kerana lemahnya keislaman pada tentera-tentera kita.

Merokok itu sudah difatwakan haram. Tahu kan?


Tapi pernah kah walau sekali korang nampak lelaki askar yang bibir nya merah bak delima. Pernah? Kalau pernah, syukur Alhamdulillah. Dah 22 tahun Daun hidup, dan sampai sekarang Daun tak pernah nampak askar lelaki bibir merah. Semua pun hitam kelat. Iya, semua hitam kelat dek lantaran rokok peneman diri.
 Alahai si askar, diri sendiri pun tak dapat nak jaga macam mana nak jaga rakyat Malaysia dan berkhidmat demi Negara? Takut lah.. takut belum sempat pergi berjuang dah penuh kat IJN sebab jantung berlubang!

Dari dulu sampai sekarang, teknologi dah makin canggih. Pemikiran, pelaksanaan, dan gaya hidup bila nak berubah? Andai anda dulu dilatih pegawai zaman batu, jangan lah anda pula mengajar anak bawahan anda syllabus zaman batu juga, gunakan syllabus yang baru, anda kena biasakan diri dengan syllabus zaman besi!

Nampak tak yang dunia ini perlukan perubahan?

Kita semua tahu, mula nya askar di Tanah Melayu dulu dilatih dengan Imperialis-imperialis Inggeris, jadi ketenteraan barat banyak influenced kita punya ketenteraan. Dan perlembagaan malah. Tapi itu dulu waktu kita semua hanya tahu ZERO. Sekarang kita dah tahun entah mungkin SERIBU dan mungkin lebih. So kenapa tidak bubarkan yang lama buat yang baru yang lebih original?? Percayalah kita perlukan ISLAM dalam ketenteraan kita barulah kita jadi kuat!

Masa untuk berubah pak-pak askar, moh jadikan Islam sebagai teras dan BERAMAL dengan AJARAN ISLAM YANG SEBENAR!
Abe-abe askar pun kena faham, Islam itu lembut dalam TEGAS bukan lembut dalam GANAS.

Ps: Daun teringin nak lihat para askar kita sebagai seorang Hafiz. Di malam nya seorang rahib, siang nya umpama singa di medan pertempuran!


"Mata melihat, akal berfikir, iman tentukan"

Monday 30 July 2012

Lagi lagi pasal tudung!


Lagi lagi pasal tudung. Baik yang menasihat, dan yang dinasihat macam dah mual dengan ajakan untuk bertudung ni.

Sabar, bagi yang selalu berusaha mengajak rakan-rakan muslimah kita supaya bertudung, teruskan usaha anda. Allah dah ajar kita dalam al-Quran supaya bersabar dalam berdakwah, dan sesungguhnya Allah itu sangat hampir dengan mereka yang sabar. Bagi yang selalu ditegur tu, janganlah kecil hati. Bila ada yang ajak untuk bertudung tu bukanlah niat nya nak malukan anda atau nak tunjuk baik, tapi macam seorang ibu, bagaimana kita katakan seseorang ibu itu ialah seorang ibu yang tak baik? Kita selalu marah, bengang bila ramai anak-anak yang melakukan onar, meragut, merompak, buat jahat. Kita akan katakan “apa mak bapa tak ajar kah?” Ya, kita selalu salah kan ibu yang tak ajar anak untuk jadi baik. Dan kita akan katakan ibu yang tak ajar anak itu ibu yang tidak baik. Sama dengan hal ini, kawan-kawan anda yang tegur anda untuk bertudung itu cuma berusaha untuk jadi seorang rakan yang baik. So, instead of condemning them, why not kita ucap syukur dikurniakan kawan yang amat peka terhadap diri kita? Saya sayang anda, anda sayang saya. Awak salah saya tegurkan, saya salah awak tegurkan.

Tudung, tudung, tudung. Macam-macam jenis tudung ada, lilit sana lilit sini. Untuk apa? Untuk tarik ramai lagi muslimah kat luar sana untuk bertudung. Itu yang sampai bervariasi tudung kat pasaran. Itupun masih ramai lagi yang beri seribu macam alasan untuk tidak bertudung.

Tudung untuk apa sebenarnya??
Kita sedia maklum, bagi perempuan mahupun lelaki, masing-masing ada batas-batas tubuh badan yang boleh diperlihatkan kepada umum. Jom fokus pada aurat perempuan. Anda tahu benar aurat perempuan dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali muka dan tapak tangan. Jadinya, tudung ni hanyalah sebagai ‘alat’ atau ‘pakaian’ untuk bantu orang perempuan tutup aurat. Sama lah kiranya macam baju dan seluar yang kita pakai sekarang ni. Kenapa kena pakai baju dan seluar? Sebab malu? Sebab ramai yang buat jadi terpaksa buat juga? Atau sebab kena paksa? Atau sebab trend? Atau sebab tempat dan keadaan? Apa-apa pun alasan dan apa-apa pun jenis pakaian, bagi orang islam, kita pakai baju contohnya, untuk TUTUP AURAT.

Kenapa pula kena tutup aurat?

Islam tak ada paksa-paksa lah!
Ramai je yang pakai tudung tapi ‘main’ tepi tangga juga!
Pakai tudung tapi mulut macam longkang lebih teruk daripada orang tak pakai tudung!
Tak sampai seru lagi!
Belum sampai masanya lagi nak pakai tudung!
Dah memang dari kecil aku tak pernah pakai tudung, buat apa jadi hipokrit!
Rimas lah pakai tudung, panas!

Nah, itu baru sedikit! Mungkin disebabkan ‘panas hati’ atau ‘malu’ kena tegur, itu yang keluar ayat-ayat atau sebab-sebab yang sememangnya menunjukkan kedangkalan ilmu di dada.
“… ketahuilah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sesuatu yang mainan dan melalaikan.” (al-Hadid :: 20)
Pemakaian tudung (penutupan aurat) itu merupakan satu syariat yang WAJIB dilakukan. Buat dapat pahala, tak buat dapat dosa!

Ramai yang gunakan “tak ada paksaan dalam Islam” sebagai alasan. Tapi setahu Daun, “tiada paksaan dalam Islam” itu untuk menyatakan Islam tidak memaksa seseorang yang bukan Islam untuk meninggalkan agama yang dianuti dan menganuti Islam. Senang cakap orang Islam tidak berhak untuk memaksa seseorang bukan Islam untuk masuk Islam. Jadi, “tiada paksaan dalam Islam” tak valid untuk isu ini. Bayangkan kita pergi ke Australia, dah sampai sana penat-penat,kita lepak makan burger kat tepi tasik, dah habis makan, kita buang pula bungkusan makanan itu di tasik tersebut. Dah dan dan terus kena saman. Lepas tu kita bising-bising kat polis tu “ni kalau kat tempat saya tak ada saman-saman macam ni!” then abg polis tu pun balas, “ dah kalau tak nak kena denda, ikut lah peraturan. Dan kalau tak suka dengan undang-undang di sini, keluar saja dari Negara ni!”
Mudah, kita dah pergi ke suatu tempat, kita kena ikut peraturan atau undang-undang tempat tersebut. Kalau kita tak ikut, tetap kena denda! Sama seperti Islam. Kita dah masuk Islam, kita kena ikut undang-undang Islam. Bila tutup aurat itu wajib, sampai kiamat pun penutupan aurat itu tetap wajib.

“tak sampai seru lagi! Nanti dah sampai masanya aku pakai lah.”
Sampai masanya? Bila? Bila nak bernikah? Bila dah pergi haji? Atau bila nyawa sedang dicabut? Tolonglah rasa takut bila nak cakap macam kat atas ni. Kita mungkin boleh plan nak pakai tudung nanti. Tapi hanya Allah sahaja yang tahu sempat atau tidak kita pada “nanti” tu. Entah-entah habis baca entri ni terus meninggal. So tunggu apa lagi? Go grab anything around to cover up your aurat now dear!

Memang tak dinafikan, suatu perasaan yang lain itu timbul bila tak biasa pakai tudung tiba-tiba nak pakai tudung. Memang perasaan tu lain dan aneh. Lebih-lebih lagi apabila mak, kakak, kawan-kawan, dan saudara mara perempuan semua jenis free hair. Cuba anda bayangkan begini. Anda seorang sahaja yang bertudung. Dan alasan anda tak bertudung selama ini adalah kerana persekitaran dan teman-teman seharian juga tidak menutup aurat dan anda malu dengan ‘perbezaan’ melakukan ‘perubahan’ tersebut. Tapi kini anda bertekad untuk bertudung. Dengan izin Allah, dengan penghijrahan anda untuk bertudung itu membuatkan ibu anda, dan mereka di keliling anda juga turut bertudung. Mereka juga rupanya seperti anda yang malu untuk melakukan perubahan atas sebab faktor persekitaran, namun disebabkan anda kuat dan initiate usaha tersebut, terkesan mereka di sekeliling anda. Sekarang anda hitung, anda pakai tudung dapat pahala, anda menjadi asbab(penyebab) mereka di sekeliling anda turut bertudung pun dapat pahala. Mereka pula didik anak-anak dan rakan-rakan mereka untuk turut bertudung. Wah..UNTUNGLAH banyaknya pahala anda dapat tanpa anda sedari.

Hitung juga, andai anda terus tidak menutup aurat, anda buatkan lelaki di sekeliling anda berdosa memandang aurat anda dengan nafsu, dan mereka melepaskan nafsu tersebut dengan melancap, perkosa perempuan lain, tengok CD lucah, layari laman web porno… semuanya sebab anda ‘trigger’ mereka punya syahwat dengan menampakkan aurat anda. Banyak nya… banyak nya dosa… lebih teruk lagi anda akan jadi asbab(penyebab) ayah dan suami anda untuk tak dapat masuk syurga.

Marilah, mari tolong kami kaum Adam untuk jaga pandangan kami, untuk jaga kemaluan kami, untuk jadi tiket kami masuk syurga…

p.s. : Alhamdulillah, terima kasih jika anda sudi berhijrah dan berazam untuk menjalani kehidupan seorang wanita muslimah yang sebenar. Pasti hari-hari mendatang anda berbeza, namun be strong! Kalau anda hadapi berbagai-bagai cabaran. Terus berusaha untuk jadi muslimah yang terbaik dan berserah lah kepada Allah.
“…apabila sudah membulatkan tekad (berusaha) maka bertawakallah kepada Allah…” (Ali-Imran :: 159)
Anda tidak berseorang! Allah ada, kami pun ada =)

"Mata melihat, akal berfikir, iman tentukan"

Friday 27 July 2012

Boleh murtad nyanyi lagu Matahariku?

Lagu ni sebenarnya merupakan salah satu favourite Daun juga bila pergi karaoke. Muzik nya besttt bangat.. dah bertahun nyanyi lagu ni. TAPI tak pernah perasan ada yang tak kena dengan lagu ni. Korang perasan tak apa yang tak kena dengan lagu ni?
Tertutup sudah pintu,
pintu hati ku,
yang pernah dibuka waktu,
hanya untuk mu.
Kini kau pergi,
dari hidup ku,
ku harus relakan mu,
walau aku tak mau.
Agak jelas ‘ku’ merujuk kepada si penyanyi lagu ini. Dan ‘mu’ merujuk pada Buah Hati si penyanyi. Penyanyi dalam rangkap ni rela dan reda, Buah Hati pergi tinggalkan dia. Katanya pintu hati dia yang dulu si Buah Hati yang buka dah tertutup bila si Buah Hati pergi dari hidup si penyanyi tersebut.
Berjuta warna pelangi,
didalam hati.
Sejenak luluh bergeming,
menjauh pergi.
Tak ada lagi,
cahaya suci,
semua nada beranjak,
aku terdiam sepi.
Da.. sudah.. luluh hati si penyanyi. Bak kata pepatah habis madu sepah dibuang. Meratap sedih si penyanyi. Dah tak ada cahaya lagi dalam hidup dia.
Dengarlah matahari ku,
suara tangisan ku,
ku bersedih,
kar’na panah cinta menusuk jantung ku.
Ucapkan matahari ku,
puisi tentang hidup ku,
tentang ku,
yang tak mampu,
menaklukkan waktu.
Humphhh! Kat sini yang tak kena. Matahariku? Matahari? Merujuk kepada siapa? Si Buah Hati? Hell no!! apahal penyanyi mengadu kat Matahari yang dia kena ‘dumped’?? Jadi, siapa Matahari ni??

Jom kita tengok siapa penyanyi lagu ni. Agnes Monica. Baik, di sini jelas si penyanyi ini bukan beragama Islam. Lalu apa agama yang dia anuti? Ya, Kristian! Jadi, siapa sebenarnya Matahari dalam lagu ini?

Daun ada video pengakuan seorang mantan biarawati dari Indonesia.

Mantan biarawati tersebut

Beliau dilahirkan memang dari keluarga Kristian tegar. Sejak dari kecil lagi beliau sudah dididik dengan ajaran Kristian. Dan di usia belasan tahun sudah dilatih untuk menjadi paderi muda (young sister). Dalam video tersebut, beliau mengaku yang kristianisasi merupakan agenda yang sangat dititik beratkan dan hangat dilakukan di Indonesia ketika ini (ketika beliau masih kristian dan mungkin sehingga kini). Mereka(penganut kristian) melakukan pelbagai cara untuk mengkristian kan orang Islam (orang sesat bagi penganut kristian). Dan teknik yang paling berkesan ialah dengan menggunakan umpan. Teknik yang diguna pakai sama seperti teknik untuk kita menangkap ayam.


 Gunakan dedak, campak di suatu kawasan, bila ayam dah penuh dan sibuk makan, secara perlahan ayam-ayam itu ditangkap. Ya, umat Islam sekarang diandaikan seperti ayam tersebut. Lagu ini Daun lihat mungkin salah satu ‘dedak’ untuk menggoyahkan iman orang Islam.
Dalam video tersebut lagi, mantan biarawati tersebut ada membincangkan tentang perayaan Hari Natal atau kita lebih ‘mesra’ dengan panggilan Christmas. Apa sebenarnya perayaan tersebut? Ada dua pendapat, pendapat pertama mengatakan perayaan tersebut adalah untuk mengingati lahirnya Jesus atau nabi Isa a.s. dan pendapat yang ke dua sebenarnya perayaan tersebut adalah untuk mengingati lahirnya Dewa Matahari. Mana timbulnya Dewa Matahari?
Perayaan Christmas itu ialah pada 25 Disember. Semua pun tahu bila. Dan tentu kita semua perasan apabila Christmas berlangsung, sebuah pohon (pokok cemara) akan dihiaskan.

pohon cemara yang dihias

 Nah, kalau perayaan Christmas itu untuk menyambut kelahiran nabi Isa a.s., mana datangnya pokok cemara? Walhal nabi Isa a.s lahir di Palestin. Dan sampai hari ini tak ada satu pun pokok cemara tumbuh di Palestin. Mana datangnya pokok cemara tersebut? Di sinilah kisah yang kebanyakan orang Kristian dan Islam tidak tahu.

Semuanya merupakan dakyah politik gereja Romawi ketika cuba menakluk Jerman. Persoalan diutarakan oleh Mantan Biarawati tersebut, “kenapa Jesus (Nabi Isa a.s) dikatakan lahir pada 25 Disember sedangkan dalam Bible tidak mengatakan begitu?mulai abad ke-5 perayaan Christmas baru dirayakan”. Katanya, semua ini merupakan alasan politik yang mana saat itu rakyat Romawi tidak mahu masuk Kristian kerana takut Perayaan Pora yang mereka sambut setiap 25 Disember untuk meraikan lahirnya Dewa Matahari dimansuhkan. Rentetan hal ini, Konstantin pada waktu itu mengatakan Jesus (Nabi Isa a.s.) lahir pada 25 Disember. Lantas rakyat Romawi membuat kesimpulan bahawa Jesus ialah anak Dewa Matahari. Dan hal ini dipersetujui Konstantin tersebut.
Dengarlah matahari ku,
suara tangisan ku,
ku bersedih,
kar’na panah cinta menusuk jantung ku.
Astaghfirullah, selama ini kita main nyanyi je lagu ini. Walhal dengan jelas lagu ini memberi reaksi seorang yang putus cinta menangisi dan meratapi kisah sedihnya kepada Tuhan Matahari! licik musuh-musuh Islam. Dengan senyap mereka cuba rosakkan akidah kita umat Islam. Ayuh bangkit dan sedar di mana duduk letak agama Islam sekarang. WE GOTTA DO SOMETHING BROTHERS!

“Maka sesiapa yang tidak percayakan kepada Taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang kukuh teguh,yang tidak akan terombak(putus). Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”- surah al-Baqarah :: ayat 256

link video:

p.s. : Banyakkan beristighfar untuk mantapkan iman di dada!
“(Kata Nabi Hud) dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian taubatlah kepada-Nya supaya Dia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu (yang sedia ada)”Surah Hud :: ayat 52

"Mata melihat, akal berfikir, iman tentukan"

Tuesday 10 July 2012

Serangan Golongan Amrad di Malaysia!

Ya, perasan atau tidak, golongan amrad ini saban hari bertambah. Jika zaman dahulu di Malaysia hanya segelintir sahaja golongan ini, sekarang, boleh kata di mana bumi dipijak di situ ada amrad!
Ada satu persoalan yang timbul sewaktu Daun menulis entri ‘Perlu ke Purdah?’

Ini persoalan nya.

“seandainya seorang wanita itu terlalu cantik, lantas wanita tersebut menutup wajah nya dengan mengenakan purdah untuk mengelakkan fitnah, bagaimana pula dengan lelaki yang memiiki rupa paras yang cantik? Perlukah purdah untuk lelaki seperti ini bagi mengelakkan fitnah?”

contoh lelaki 'amrad' di Malaysia




Merujuk kepada artikel ‘AMRAD Lelaki cantik?’ ruangan tanyalah ustaz, ms.71, majalah GenQ, isu 11, memberikan pengertian bahawa perkataan ‘Amrad’ diambil daripada perkataan Arab yang membawa maksud bersih ke dua-dua pipinya daripada bulu. Dari segi istilah pula membawa maksud seseorang lelaki yang belum tumbuh janggutnya walaupun telah nampak bibit misainya.
Senang cakap, golongan amrad ini ialah golongan lelaki yang mempunyai rupa yang cantik yang mana mampu menarik perhatian bukan sahaja dari golongan wanita bahkan golongan lelaki.


Bahaya bukan golongan ini! Jadi, Daun terfikir, apa solusi yang mungkin dapat kita ketengahkan seandainya anda seorang amrad? Bagaimana hendak kita bergaul dengan golongan ini?

Sebelum itu, anda perlu tahu bahawa batas-batas terhadap golongan ini lebih kurang batas-batas seorang lelaki terhadap wanita yang bukan mahram. Melihat lelaki amrad yang mempunyai wajah yang menarik dan boleh mendatangkan fitnah ada dua hukum:
  1. Harus: melihat dan bersendirian dengannya tanpa niat untuk menikmati dan berseronok dengannya serta aman daripada fitnah.
  2. Haram: melihat dan bersendirian dengannya dengan niat untuk menikmati keelokan wajahnya, merasai keseronokan melihatnya dan menuruti syahwat untuk melihatnya.
Pernah dahulu sekali dua Daun terserempak dengan golongan amrad ini. Sewaktu itu Daun di Mid Valley (kalau tak silap). Nampak satu pasangan ni, umur dalam anggaran 18~20 tahun, pelajar lepasan SPM lah. Wanitanya bertudung, cantik, memang cantik perempuan tu, muka putih, badan tidak gemuk tidaklah kurus, sederhana. Muka ‘flawless’. Nak dijadikan cerita, boleh kata semua yang lalu tak lepas pandang tengok pasangan ni. Tengok pula pasangan perempuan tu, makkkk ngaiiii… muka putih melepak, flawless, rambut lebat, badan tak gemuk tak kurus, dan yang paling penting, kalau perempuan sebelah dia tu cantik, mamat ni lagi cantik daripada perempuan tu. How??

Memang anugerah yang Allah beri pada golongan amrad ini tidak semua yang dapat dan ramai yang mendambakan wajah yang cantik, tapi bila difikirkan semula, adakah mudah memiliki wajah yang dengan senang dapat menimbulkan fitnah ini?

Apa pula hukum berjabat tangan dengan ‘amrad’? di artikel tersebut menulis, “jumhur ulama berpendapat berjabat tangan dan menyentuh ‘amrad’ dengan syahwat hukumnya haram. Sudah difahami, hukum melihatnya dengan syahwat pun sudah diharamkan, inikan pula bersentuhan dengan nya yang lebih dekat membawa kepada fitnah dan syahwat. Adapun jika bukan untuk berseronok, tetapi dikhuatiri timbul syahwat, maka makruh berjabat tangan dan menyentuhnya.”

Dan yang paling Daun kasihan kan golongan ‘amrad’ ini apabila solat berjemaah, keutamaan untuk menjadi imam bukan lagi pada golongan ‘amrad’ tersebut. Jumhur fuqaha mazhab Hanafi, Syafi’I dan Hanbali menyatakan makruh untuk solat di belakang ‘amrad’ kerana dia boleh membawa kepada fitnah. Tapi, walaupun begitu solat di belakangnya tetap sah. Tetapi, sekiranya ada orang lain yang boleh menjadi imam, maka terlebih utama untuk dia menjadi imam.

Sekiranya anda seorang ‘amrad’ apa yang anda perlu lakukan? :
  1. Sedar diri anda seorang ‘amrad’!
  2. Tidak memakai pakaian yang menampak kan susuk tubuh. Atau langsung tidak berbaju. (pemakaian ala-ala bintang korea)
  3. Tidak memakai ‘short’ yang menampakkan sebahagian tubuh anda.
  4. Menjaga pandangan supaya tidak melihat ke arah seseorang terlalu lama terhadap wanita mahupun lelaki.
  5. Tidak memakai pakaian yang terlalu menarik perhatian (eg. Baju berwarna merah jambu) dan tidak memakai aksesori yang berlebihan.
  6. Tidak bersolek.(pakai ‘compact powder’ atau ‘foundation’)
  7. Tidak cakap banyak di khalayak.
  8. Selalu berdoa agar tidak menjadi ‘asbab’ (penyebab) terhadap sesuatu maksiat.
  9. Tidak ‘upload’ gambar di facebook atau mana-mana laman sosial. (dikhuatiri gambar anda diambil dan dijadikan modal untuk melakukan maksiat).
  10. Menjadikan masjid atau surau sebagai rumah ke dua.(agar peribadi menjadi kuat)
  11. Banyakkan berpuasa sunat dan berada dalam keadaan berwuduk.
  12. Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran!
Bagaimana berurusan dengan seorang ‘amrad’?
  1. Tidak memandang terus ke wajah mereka.(menjaga pandangan)
  2. Menjaga hati dengan menanamkan niat perjumpaan tersebut.
  3. Urusan dilakukan mengikut kadar keperluan sahaja dengan syarat selamat dan terpelihara hati dan anggota badan ketika berurusan.
  4. Tidak bergurau senda yang berlebihan.
  5. Tidak melaku kan ‘body contact’ terhadap mereka.(eg. Cubit pipi, tepuk bahu, picit bahu, …)
  6. ‘offer’ diri untuk jadi imam ketika hendak solat berjemaah bersama.
Daun percaya, fitnah disebabkan golongan ‘amrad’ ini bukan suatu yang biasa-biasa. Bahkan sebenarnya lebih berbahaya daripada fitnah yang dibawa oleh orang perempuan. Apa kata Allah dalam hal ini?

“katakanlah kepada golongan lelaki beriman, hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan.” (Surah an-Nur : ayat 30)

p.s : Tadah tangan sekarang. Jom kita doa sama-sama..“Ya Allah berikan kami kekuatan dalam menjaga pandangan kami dan kemaluan kami. Dan berilah kami tingkatan iman yang tinggi, oleh yang demikian terhapus dosa-dosa kami dan beroleh nikmat syurga yang kekal di akhirat kelak. Jadikan kami dari golongan orang-orang yang beriman dan sabar. Amin”

semoga kita semua berjaya menjaga pandangan, dan menjadi lebih dekat kepada-Nya. =)

"Mata melihat, akal berfikir, iman tentukan"

Hai, Ini Cerita Aku.

Hari ini, hari Jumaat, 6 Hb. Julai 2012. Pagi tadi mak aku kejut suruh pergi pasar. Pergh malas gila ahh, celik-celik je mata dah kena suruh buat itu ini. Kadang-kadang aku rasa rimas. Sikit-sikit nak suruh aku. Apa ingat aku kuli batak ke nak suruh aku buat macam-macam hari-hari. Dah macam tak ada anak lain pula. Em, aku buat muka seposen, ambil kunci motor, “nak beli apa?!” aku bentak. Aku jeling mak aku supaya dia kecil hati dan rasa macam mana sakit hati yang aku rasa ini. Huh, terus dia tunduk muka. Nasiblah, sekurang-kurang nya aku hendak juga pergi. Aku ‘blah’ terus pergi pasar. Bila fikir semula, kurang ajar juga aku layan mak aku macam tu, tapi tak apa lah, puas juga hati dapat tunjuk perasaan. Pagi ni agak nyaman. Mana tak nya, malam tadi hujan sampai ke subuh. Layan gila tidur! Hehe bila hujan macam tu, memang selalu aku layan CD yang aku pinjam dari member aku. Dua kali basah tu semalam! Longlai lutut aku pagi ni. Tapi tak apa lah. Banyak je kopi-kopi tenaga bapa aku beli ada kat dapur tu. Rembat je sepaket dua. Terus rasa macam nak ber’kuda’ semula.

Sampai kat pasar, ada seorang Mak Cik tua ni. Adoi, semak gila pandangan aku tengok Mak Cik ni. Apa hal lah nak minta-minta sedekah ni. Apa dulu waktu muda tak pernah kerja kumpul duit kah? Sikit-sikit nak minta sedekah. Cubalah usaha berkerja. Aku geleng kepala tengok Mak Cik tu. Selesai beli semua barang mak aku, aku terus balik. Sampai di rumah, apa lagi layan fb terus lah. Pergh memang terbaik dari ladang. Haha. Pergi kelas pakai baju kurung. Sekali bila upload gambar di fb, “saja nak buat aku HIGH!”. Ada juga member-member aku yang suka sangat update status bab-bab agama. Ah, menyampah seyh muka macam baik sangat je, main bola pakai seluar pendek juga. Sembahyang pun entah cukup entah tidak. Cakap sahaja pandai. Rimas member macam ni! Aku pun lantas update status kat wall aku ‘tak payah lah nak tunjuk kat orang yang ko tu baik macam malaikat. Aku kenal sangat perangai kau tu’. Update-update je terus dapat banyak ‘like’. Hihi. Sedang asyik aku layan fb tiba-tiba meragam pula mak aku ni. Tak larat lah, itu lah, ini lah, ada saja alasan tak nak masak. Lepas tu boleh pula suruh aku picit kepala dia. Haissshhh.. keluh panjang aku. “kejap lah, nak pergi tandas kejap!” aku meluru masuk ke bilik air. Entah macam mana aku tak perasan sabun kat lantai dalam bilik air tu aku terpijak. Waktu nak terlentang jatuh tu tangan aku cuba hendak barpaut kat apa-apa yang boleh aku paut kat belakang aku tapi entah macam mana aku boleh lupa yang kat belakang tu cermin muka. Cermin tu terpelantaing ke atas. Belakang kepala aku terhentak kuat di sinki yang betul-betul bawah cermin muka tu. ‘BAMMM’ sakitnya memang tak dapat nak digambarkan. Bila aku dah terbaring kat lantai bilik air tu, cermin yang terpelanting ke atas tadi jatuh tercucuk ke muka aku. Humphhhhhh. Itulah kali pertama aku rasakan kesakitan yang teramat sangat. Sakit sangat. Sakit sangat. Sakit sangat.

Tak sangka pula aku sakit mati itu sampai macam tu sekali. Humph, kenapa cepat sangat aku mati? Aku muda lagi. Banyak lagi perkara yang aku nak buat. Kalau lah aku tahu hari ni aku akan mati… hmmm tentu aku akan banyakkan sedekah, tentu aku akan tolong picitkan mak aku, tentu aku akan tolong dia tak kira macam mana malas pun aku waktu tu, tentu aku akan post perkara-perkara yang berfaedah kat fb tu, tentu aku tak kan kutuk kawan-kawan aku, tentu aku tak akan lewatkan solat lima waktu.. Ada beberapa hari lagi untuk Ramadhan. Sebenarnya aku ada plan nak bertaubat bulan ramadhan nanti. Tapi, mana tahu aku mati hari ini. Aku ingat sempat. Sekarang ni, aku dah mati. APA YANG BOLEH AKU BUAT?

“Dan barang siapa yang ringan timbangannya, maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, mereka kekal di dalam neraka Jahanam. Muka mereka dibakar api neraka dan mereka di dalam neraka itu dalam keadaan cacat. Bukankah ayat-ayat Ku telah dibacakan kepadamu sekalian, tetapi kamu selalu mendustakannya? Mereka berkata, “Ya Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan kami dan adalah kami orang-orang yang sesat. Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami daripadanya (dan kembalikanlah kami ke dunia), maka jika kami kembali (juga kepada kekafiran), sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim. Allah berfirman, “Tinggallah dengan hina di dalamnya, dan janganlah kamu berbicara dengan Aku!” (al-Mu’minun :: 103-108)

Bila seorang anak Adam itu mati, hanya 3 perkara yang akan dibawa…
1. Sedekah.
2. Doa anak soleh.
3. Amal soleh.

“Bila kita mati, bermulalah sebuah kehidupan…” − Ustaz Fauzi Mustaffa

p.s: berhijrah lah sebelum terlambat. Apa yang telah kita lakukan hari ini?

"Mata melihat, akal berfikir, iman tentukan"