I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 10 July 2012

Hai, Ini Cerita Aku.

Hari ini, hari Jumaat, 6 Hb. Julai 2012. Pagi tadi mak aku kejut suruh pergi pasar. Pergh malas gila ahh, celik-celik je mata dah kena suruh buat itu ini. Kadang-kadang aku rasa rimas. Sikit-sikit nak suruh aku. Apa ingat aku kuli batak ke nak suruh aku buat macam-macam hari-hari. Dah macam tak ada anak lain pula. Em, aku buat muka seposen, ambil kunci motor, “nak beli apa?!” aku bentak. Aku jeling mak aku supaya dia kecil hati dan rasa macam mana sakit hati yang aku rasa ini. Huh, terus dia tunduk muka. Nasiblah, sekurang-kurang nya aku hendak juga pergi. Aku ‘blah’ terus pergi pasar. Bila fikir semula, kurang ajar juga aku layan mak aku macam tu, tapi tak apa lah, puas juga hati dapat tunjuk perasaan. Pagi ni agak nyaman. Mana tak nya, malam tadi hujan sampai ke subuh. Layan gila tidur! Hehe bila hujan macam tu, memang selalu aku layan CD yang aku pinjam dari member aku. Dua kali basah tu semalam! Longlai lutut aku pagi ni. Tapi tak apa lah. Banyak je kopi-kopi tenaga bapa aku beli ada kat dapur tu. Rembat je sepaket dua. Terus rasa macam nak ber’kuda’ semula.

Sampai kat pasar, ada seorang Mak Cik tua ni. Adoi, semak gila pandangan aku tengok Mak Cik ni. Apa hal lah nak minta-minta sedekah ni. Apa dulu waktu muda tak pernah kerja kumpul duit kah? Sikit-sikit nak minta sedekah. Cubalah usaha berkerja. Aku geleng kepala tengok Mak Cik tu. Selesai beli semua barang mak aku, aku terus balik. Sampai di rumah, apa lagi layan fb terus lah. Pergh memang terbaik dari ladang. Haha. Pergi kelas pakai baju kurung. Sekali bila upload gambar di fb, “saja nak buat aku HIGH!”. Ada juga member-member aku yang suka sangat update status bab-bab agama. Ah, menyampah seyh muka macam baik sangat je, main bola pakai seluar pendek juga. Sembahyang pun entah cukup entah tidak. Cakap sahaja pandai. Rimas member macam ni! Aku pun lantas update status kat wall aku ‘tak payah lah nak tunjuk kat orang yang ko tu baik macam malaikat. Aku kenal sangat perangai kau tu’. Update-update je terus dapat banyak ‘like’. Hihi. Sedang asyik aku layan fb tiba-tiba meragam pula mak aku ni. Tak larat lah, itu lah, ini lah, ada saja alasan tak nak masak. Lepas tu boleh pula suruh aku picit kepala dia. Haissshhh.. keluh panjang aku. “kejap lah, nak pergi tandas kejap!” aku meluru masuk ke bilik air. Entah macam mana aku tak perasan sabun kat lantai dalam bilik air tu aku terpijak. Waktu nak terlentang jatuh tu tangan aku cuba hendak barpaut kat apa-apa yang boleh aku paut kat belakang aku tapi entah macam mana aku boleh lupa yang kat belakang tu cermin muka. Cermin tu terpelantaing ke atas. Belakang kepala aku terhentak kuat di sinki yang betul-betul bawah cermin muka tu. ‘BAMMM’ sakitnya memang tak dapat nak digambarkan. Bila aku dah terbaring kat lantai bilik air tu, cermin yang terpelanting ke atas tadi jatuh tercucuk ke muka aku. Humphhhhhh. Itulah kali pertama aku rasakan kesakitan yang teramat sangat. Sakit sangat. Sakit sangat. Sakit sangat.

Tak sangka pula aku sakit mati itu sampai macam tu sekali. Humph, kenapa cepat sangat aku mati? Aku muda lagi. Banyak lagi perkara yang aku nak buat. Kalau lah aku tahu hari ni aku akan mati… hmmm tentu aku akan banyakkan sedekah, tentu aku akan tolong picitkan mak aku, tentu aku akan tolong dia tak kira macam mana malas pun aku waktu tu, tentu aku akan post perkara-perkara yang berfaedah kat fb tu, tentu aku tak kan kutuk kawan-kawan aku, tentu aku tak akan lewatkan solat lima waktu.. Ada beberapa hari lagi untuk Ramadhan. Sebenarnya aku ada plan nak bertaubat bulan ramadhan nanti. Tapi, mana tahu aku mati hari ini. Aku ingat sempat. Sekarang ni, aku dah mati. APA YANG BOLEH AKU BUAT?

“Dan barang siapa yang ringan timbangannya, maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, mereka kekal di dalam neraka Jahanam. Muka mereka dibakar api neraka dan mereka di dalam neraka itu dalam keadaan cacat. Bukankah ayat-ayat Ku telah dibacakan kepadamu sekalian, tetapi kamu selalu mendustakannya? Mereka berkata, “Ya Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan kami dan adalah kami orang-orang yang sesat. Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami daripadanya (dan kembalikanlah kami ke dunia), maka jika kami kembali (juga kepada kekafiran), sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim. Allah berfirman, “Tinggallah dengan hina di dalamnya, dan janganlah kamu berbicara dengan Aku!” (al-Mu’minun :: 103-108)

Bila seorang anak Adam itu mati, hanya 3 perkara yang akan dibawa…
1. Sedekah.
2. Doa anak soleh.
3. Amal soleh.

“Bila kita mati, bermulalah sebuah kehidupan…” − Ustaz Fauzi Mustaffa

p.s: berhijrah lah sebelum terlambat. Apa yang telah kita lakukan hari ini?

"Mata melihat, akal berfikir, iman tentukan"

No comments:

Post a Comment