I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 30 July 2012

Lagi lagi pasal tudung!


Lagi lagi pasal tudung. Baik yang menasihat, dan yang dinasihat macam dah mual dengan ajakan untuk bertudung ni.

Sabar, bagi yang selalu berusaha mengajak rakan-rakan muslimah kita supaya bertudung, teruskan usaha anda. Allah dah ajar kita dalam al-Quran supaya bersabar dalam berdakwah, dan sesungguhnya Allah itu sangat hampir dengan mereka yang sabar. Bagi yang selalu ditegur tu, janganlah kecil hati. Bila ada yang ajak untuk bertudung tu bukanlah niat nya nak malukan anda atau nak tunjuk baik, tapi macam seorang ibu, bagaimana kita katakan seseorang ibu itu ialah seorang ibu yang tak baik? Kita selalu marah, bengang bila ramai anak-anak yang melakukan onar, meragut, merompak, buat jahat. Kita akan katakan “apa mak bapa tak ajar kah?” Ya, kita selalu salah kan ibu yang tak ajar anak untuk jadi baik. Dan kita akan katakan ibu yang tak ajar anak itu ibu yang tidak baik. Sama dengan hal ini, kawan-kawan anda yang tegur anda untuk bertudung itu cuma berusaha untuk jadi seorang rakan yang baik. So, instead of condemning them, why not kita ucap syukur dikurniakan kawan yang amat peka terhadap diri kita? Saya sayang anda, anda sayang saya. Awak salah saya tegurkan, saya salah awak tegurkan.

Tudung, tudung, tudung. Macam-macam jenis tudung ada, lilit sana lilit sini. Untuk apa? Untuk tarik ramai lagi muslimah kat luar sana untuk bertudung. Itu yang sampai bervariasi tudung kat pasaran. Itupun masih ramai lagi yang beri seribu macam alasan untuk tidak bertudung.

Tudung untuk apa sebenarnya??
Kita sedia maklum, bagi perempuan mahupun lelaki, masing-masing ada batas-batas tubuh badan yang boleh diperlihatkan kepada umum. Jom fokus pada aurat perempuan. Anda tahu benar aurat perempuan dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali muka dan tapak tangan. Jadinya, tudung ni hanyalah sebagai ‘alat’ atau ‘pakaian’ untuk bantu orang perempuan tutup aurat. Sama lah kiranya macam baju dan seluar yang kita pakai sekarang ni. Kenapa kena pakai baju dan seluar? Sebab malu? Sebab ramai yang buat jadi terpaksa buat juga? Atau sebab kena paksa? Atau sebab trend? Atau sebab tempat dan keadaan? Apa-apa pun alasan dan apa-apa pun jenis pakaian, bagi orang islam, kita pakai baju contohnya, untuk TUTUP AURAT.

Kenapa pula kena tutup aurat?

Islam tak ada paksa-paksa lah!
Ramai je yang pakai tudung tapi ‘main’ tepi tangga juga!
Pakai tudung tapi mulut macam longkang lebih teruk daripada orang tak pakai tudung!
Tak sampai seru lagi!
Belum sampai masanya lagi nak pakai tudung!
Dah memang dari kecil aku tak pernah pakai tudung, buat apa jadi hipokrit!
Rimas lah pakai tudung, panas!

Nah, itu baru sedikit! Mungkin disebabkan ‘panas hati’ atau ‘malu’ kena tegur, itu yang keluar ayat-ayat atau sebab-sebab yang sememangnya menunjukkan kedangkalan ilmu di dada.
“… ketahuilah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sesuatu yang mainan dan melalaikan.” (al-Hadid :: 20)
Pemakaian tudung (penutupan aurat) itu merupakan satu syariat yang WAJIB dilakukan. Buat dapat pahala, tak buat dapat dosa!

Ramai yang gunakan “tak ada paksaan dalam Islam” sebagai alasan. Tapi setahu Daun, “tiada paksaan dalam Islam” itu untuk menyatakan Islam tidak memaksa seseorang yang bukan Islam untuk meninggalkan agama yang dianuti dan menganuti Islam. Senang cakap orang Islam tidak berhak untuk memaksa seseorang bukan Islam untuk masuk Islam. Jadi, “tiada paksaan dalam Islam” tak valid untuk isu ini. Bayangkan kita pergi ke Australia, dah sampai sana penat-penat,kita lepak makan burger kat tepi tasik, dah habis makan, kita buang pula bungkusan makanan itu di tasik tersebut. Dah dan dan terus kena saman. Lepas tu kita bising-bising kat polis tu “ni kalau kat tempat saya tak ada saman-saman macam ni!” then abg polis tu pun balas, “ dah kalau tak nak kena denda, ikut lah peraturan. Dan kalau tak suka dengan undang-undang di sini, keluar saja dari Negara ni!”
Mudah, kita dah pergi ke suatu tempat, kita kena ikut peraturan atau undang-undang tempat tersebut. Kalau kita tak ikut, tetap kena denda! Sama seperti Islam. Kita dah masuk Islam, kita kena ikut undang-undang Islam. Bila tutup aurat itu wajib, sampai kiamat pun penutupan aurat itu tetap wajib.

“tak sampai seru lagi! Nanti dah sampai masanya aku pakai lah.”
Sampai masanya? Bila? Bila nak bernikah? Bila dah pergi haji? Atau bila nyawa sedang dicabut? Tolonglah rasa takut bila nak cakap macam kat atas ni. Kita mungkin boleh plan nak pakai tudung nanti. Tapi hanya Allah sahaja yang tahu sempat atau tidak kita pada “nanti” tu. Entah-entah habis baca entri ni terus meninggal. So tunggu apa lagi? Go grab anything around to cover up your aurat now dear!

Memang tak dinafikan, suatu perasaan yang lain itu timbul bila tak biasa pakai tudung tiba-tiba nak pakai tudung. Memang perasaan tu lain dan aneh. Lebih-lebih lagi apabila mak, kakak, kawan-kawan, dan saudara mara perempuan semua jenis free hair. Cuba anda bayangkan begini. Anda seorang sahaja yang bertudung. Dan alasan anda tak bertudung selama ini adalah kerana persekitaran dan teman-teman seharian juga tidak menutup aurat dan anda malu dengan ‘perbezaan’ melakukan ‘perubahan’ tersebut. Tapi kini anda bertekad untuk bertudung. Dengan izin Allah, dengan penghijrahan anda untuk bertudung itu membuatkan ibu anda, dan mereka di keliling anda juga turut bertudung. Mereka juga rupanya seperti anda yang malu untuk melakukan perubahan atas sebab faktor persekitaran, namun disebabkan anda kuat dan initiate usaha tersebut, terkesan mereka di sekeliling anda. Sekarang anda hitung, anda pakai tudung dapat pahala, anda menjadi asbab(penyebab) mereka di sekeliling anda turut bertudung pun dapat pahala. Mereka pula didik anak-anak dan rakan-rakan mereka untuk turut bertudung. Wah..UNTUNGLAH banyaknya pahala anda dapat tanpa anda sedari.

Hitung juga, andai anda terus tidak menutup aurat, anda buatkan lelaki di sekeliling anda berdosa memandang aurat anda dengan nafsu, dan mereka melepaskan nafsu tersebut dengan melancap, perkosa perempuan lain, tengok CD lucah, layari laman web porno… semuanya sebab anda ‘trigger’ mereka punya syahwat dengan menampakkan aurat anda. Banyak nya… banyak nya dosa… lebih teruk lagi anda akan jadi asbab(penyebab) ayah dan suami anda untuk tak dapat masuk syurga.

Marilah, mari tolong kami kaum Adam untuk jaga pandangan kami, untuk jaga kemaluan kami, untuk jadi tiket kami masuk syurga…

p.s. : Alhamdulillah, terima kasih jika anda sudi berhijrah dan berazam untuk menjalani kehidupan seorang wanita muslimah yang sebenar. Pasti hari-hari mendatang anda berbeza, namun be strong! Kalau anda hadapi berbagai-bagai cabaran. Terus berusaha untuk jadi muslimah yang terbaik dan berserah lah kepada Allah.
“…apabila sudah membulatkan tekad (berusaha) maka bertawakallah kepada Allah…” (Ali-Imran :: 159)
Anda tidak berseorang! Allah ada, kami pun ada =)

"Mata melihat, akal berfikir, iman tentukan"

No comments:

Post a Comment