I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 19 June 2011

Rumput Ouh Rumput...

Rumput ohhhhhh rumput..
Daun kasihan dengan rumput.. Sehebat mana pun kamu rumput, kamu tetap rumput..
Tak pernah ada yang kisah pun pasal kamu rumput.. Sadis bila melihat keadaan kamu yang tak 'famous' tu..

Opss, mungkin kamu 'famous'
sebab seantero dunia kenal kamu, tapi.......
Ada aku kisah pasal kau? rumput je kot!
Tak mengapalah.. Rumput jangan berkecil hati..
Sesuatu yang normal bagi manusia seperti Daun, untuk tidak terperasankan kamu yg sememangnya amat kecil di mata manusia..
Dengan rasa bersalah terhadap rumput, Daun akan tulis kisah kamu, kisah rumput..

Bermulaya kisah rumput di tanah..
Tanah jadi tempat tinggal, makanan, air, bercambah juga melalui tanah... Sesungguhnya kamu hebat wahai rumput..
Terasa Daun sebagai seorang manusia.. Hanya dengan tanah, rumput berjaya tinggal dengan selesa di bumi ini..
Tapi Daun, sebagai manusia, kami perlukan duit, rumah, makanan, dan semuanya lah untuk terus meneroka alam sebagai Khalifah ni.
Dan tak semua berjaya hidup sebagai manusia wahai rumput.. Itu sebab ada antara kami yang bunuh diri..
Kerana hati terasa diri tidak mampu untuk berbakti terhadap Tuhan dan juga mana-mana makhluk di bumi ini lagi..

Daun sering lihat kamu dipijak..
"BUSUK!! jangan pijak aku!"
"amek kau, aku lompat-lompat lagi atas kau!"

Walau dipijak oleh pelbagai jenis hidupan, kamu tetap di situ.. Tetap bersabar.. bersabar dan pada masa yang sama
berusaha untuk bangkit dan hidup subur seperti sedia kala.. Alangkah bagusnya jika Daun dan rakan-rakan dapat contohi sikap rumput itu..

Terdengar kisah bencana alam, setiap pelusuk dunia bagaikan bergantian dengan bencana alam.. Segala insfrastruktur musnah berkecai..
Tidak terkecuali juga manusia.. Ramai yang pergi tak kembali.. Tapi rumput..
Walaupun rupa kamu tak lawa, kecil dan kontot, tidak seperti pohon-pohon yang cantik dengan bunga nya, buah nya..
tambah lagi bila tumbuhnya rendang, mantap dan montok pohon tersebut.. Siapalah kamu wahai si rumput..
Namun, bila datangnya ribut, kilat sabung menyabung, laut bergelora, bumi bergoncang,
yang tinggi rebah mencium bumi.. Tapi kamu rumput? tetap tegap dan kuat mencengkam bumi.. kamu kuat rumput...
Andai Daun dan rakan-rakan kuat seperti kamu...

Akar kamu rumput tidak sebesar akar sebatang pohon.. Namun kalau nak dikira akar yang paling banyak di bumi ini.. Tidak lah pohon yang akan tersenyum..
Akar kamu rumput kuatnya amat mencengkam tanah, jika ditarik keluar kamu dari tanah, tanah masih banyak terlekat pada akar kamu..
Akrab dan kuat nya hubungan mu dengan tanah wahai rumput..
Andai Daun dan rakan-rakan dapat kuatkan ikatan dan hubungan dengan yang Maha Pencipta seperti kamu rumput dan tanah...

Daun tidak pernah dengar atau baca tentang kamu wahai rumput jadi Daun harap lebih ramai yang akan 'nampak' kamu wahai rumput setelah membaca apa yang Daun tulis tentang kamu..
Kamu kecil tetapi seperti nenek moyang Daun katakan Diam-diam ubi berisi.. itulah kamu rumput..
Kamu sangat kecil, rendah diri namun diri kamu ada di merata dunia..
Orang tidak pedulikan kamu atau meletak kan kamu di tempat yang lebih tinggi.. namun itulah sifatmu..
Biar tidak berada di atas tetapi nilai murni kamu wahai rumput amat mengagumkan Daun..

Andai seluruh manusia sedar akan setiap kebaikan yang kamu tonjolkan tentu setiap hati akan terusik dan menangis dek terlihat
kehebatan Maha Pencipta menampakkan nilai-nilai murni dalam kesamaran..

Memang benarlah apa yang Daun dengar, setiap yang ada n terjadi di bumi ini ada hikmahnya :)

"Mata melihat, akal berfikir, iman tentukan"

Friday 17 June 2011

Satu Lubang Masuk, Dua Lubang Keluar..

Satu lubang masuk, dua lubang keluar itulah seluar dalam!
Inilah seluar dalam..

Ini pun seluar dalam tapi yang ini orang panggil 'boxer'
Macam-macam jenis seluar dalam ada tapi korang perasan tak semua ada satu lubang masuk dan dua lubang keluar..?

Seluar dalam amat sinonim dengan seluruh umat manusia..kau,aku,mak,ayah,datuk,nenek,Dato',Dato' Seri,Dr.,Prof. Madya,Prof.,Ustaz,Ustazah,
Ir,Ar, dan Cikgu semuanya tak pernah terlepas daripada memakai seluar dalam..

Sekarang ini, Daun lihat kita semua kebanyakannya bukan hanya memakai seluar dalam sahaja tetapi masing-masing sudah jadi seperti seluar dalam..
Apa rasionalnya?
Manusia diciptakan ada dua mata, dua telinga dan satu mulut..
Tetapi ramai yang tidak ambil endah tentang sebab di sebalik ciptaan Maha Pencipta ini..
Dijadikan sehingga dua telinga dan dua mata adalah untuk kita perbanyakkan mendengar dan melihat..
Kita memerlukan kedua-dua indera ini untuk membuat pemerhatian(observation) dengan lebih jelas..
Satu mulut supaya kita semua tidak bercakap lebih daripada yg sepatutnya..

Sekarang ni,  banyak yang dengarnya tak banyak tetapi bila
bercerita, mak ai.. 'havoc' kata orang..Itu apa yang terjadi pada masyarakat Malaysia, terutamanya mereka yang sebangsa dengan Daun.

Bagi Daun, alangkah matangya sesebuah masyarakat itu jika banyaknya yang berjaya mengawal semua panca indera ini dengan baik.
Sebagai contoh Daun ambil isu Dato' Seri Anwar Ibrahim dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari. Daun pernah dahulu bertekak sedikit dengan Mak Cik Daun
tentang isu ni.. Bukanlah Daun menafikan bukan juga mengiakan kesahihan isu ini.. Kebenarannya nya masih lagi belum jelas dan masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah.
Sedangkan pihak mahkamah belum berani mengatakan Anwar benar-benar bersalah, kenapa kita sebagai rakyat yg di luar ini tidak teragak-agak, berani menuduh siapa yang bersalah?
Daun bertanyakan pada Mak Cik Daun..
"Pernah atau tidak Mak Cik baca isu ini di layar internet?"
"Pernahkah Mak Cik dengar apa-apa respon daripada yang tertuduh?"
"Mak Cik hanya membaca daripada surat khabar yang beratnya terhadap kerajaan sahajakah? kenapa tidak dibaca dari kedua-dua pihak Kerajaan dan Pembangkang?"
"Bagaimana Mak Cik boleh letak hukuman tanpa melihat dan mendengar daripada kedua-dua pihak?"
Mak Cik Daun terdiam..
...terus terdiam
Daun pun tak bercakap banyak lepas tu, biar dia sendiri fikirkan apa yang Daun perkatakan tadi :))

Jadilah kita insan yang banyaknya melihat..
lihat itu lihat ini
dan mendengar
apa diaa??????
dan kurangnya bercakap apabila tiada kepastian.. 
Jangan jadi seperti seluar dalam, satu lubang masuk, dua lubang keluar!

"Mata melihat, akal berfikir, iman tentukan"

Apabila Sebidang Tanah Yang Kosong Mula Terisi...

Salam,
Ini entri pertama saya sebagai Si Daun Hijau..

Sebenarnya memang sudah lama terniat untuk menulis di sini,
tetapi disebabkan kekangan waktu dan tak terseru lagi (kata orang) untuk menulis ni,
itu yang baru sekarang hendak mula menulis..
Banyak yang Daun dengar tentang 'blogger' ni.. Ada baik dan ada buruknya tetapi yg banyak buruknya lah..
Blogger kena saman, naik turun mahkamah, bla bla bla.. macam-macam lagilah..
Bagi Daun, senang sahaja.. Blog ni samalah seperti sebuah media maya..
Yang mana seperti media cetak (cth. Surat khabar) niat asalnya untuk menyebar dan berkongsi cerita, khabar dan berita tentang satu satu isu..
Dan itulah peranannya blog ini.. untuk dikongsi pengalaman, pendapat dan berhujah bersama-sama supaya kita seluruh rakyat Malaysia terbuka minda lantaran ilmu terisi.. ^_^
Boleh juga Daun samakan Blog ini sebagai sebidang tanah yg kosong,
terpulang pada pengusaha tanah tersebut untuk samada mendirikan bangunan di tanah tersebut atau hanya bercucuk tanam..
Isi tanah tersebut terletak di tangan pengusaha tersebut.
Namun, harus diingatkan di mana letaknya tanah tersebut..Tanah itu walaupun milik pengusaha, ada yang lebih berkuasa terhadap tanah tersebut,
baik2lah usahakan tanah tersebut, takut-takut nanti bila tersilap usaha, tanah kena sita, kaya jadi papa!...
MATA MELIHAT, AKAL BERFIKIR, IMAN TENTUKAN (: