I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 7 August 2012

Itu Bukan Hak Kau.


Hari Khamis lepas 2607, hari yang buat Daun terfikir tentang hak. Tidak, Daun tidak berkehendak mentakrifkan maksud ‘hak’ untuk entri ini. Cuma, Daun hendak kongsikan persoalan untuk sama-sama kita fikir.

Pada hari tersebut, lebih kurang jam 12 tengah malam. Daun meminta rakan Daun menggoreng keropok lekor sebab kami ada beli sos MAHAL kat pasaraya kat tempat Daun tinggal siangnya. Disebabkan masa yang begitu mencemburui, tengah malam baru lah sempat nak merasa sos MAHAL tu. Maklumlah, dah nama pun MAHAL, teringin nak merasa sos yang MAHAL ni walaupun dah tengah malam. Waktu rakan Daun sedang menggoreng, Daun berada di dalam bilik air. Tiba-tiba terdengar rakan Daun ni menjerit. Cepat-cepat lah Daun keluar. Yelah dok ingat kuali terbalik ke apa. Rupanya keropok lekor yang tengah digoreng tu meletup. Minyak yang tengah menggelegak dalam kuali tu accidentally splashed kena ½ tapak tangan dia.

Apa lagi, start engine motor, terus bawa dia cari klinik berdekatan. Allah sahaja yang tahu macam mana perasaan bila dah berlaku kecemasan macam tu, tapi tak ada satupun klinik yang buka! Nak tak nak, redah highway terus ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, HUKM. Alhamdulillah, nasib baik hospital buka!

Suasana di hospital malam itu berbeza. Agak ramai orang. Muka masing-masing nampak risau. “malam-malam macam ni kalau ramai accident lah ni” terdetik juga di hati. Cina ada, India ada, Melayu pun ada malam tu.
**********
Dah empat hari. Kawasan tapak tangan rakan Daun yang terkena minyak panas tu menggelembung dengan air bisa. Makin hari makin merebak gelembung tu. “kita kena pergi hostpital ni. Makin teruk.”Sekali lagi, Daun bawa dia pergi HUKM untuk buat check up.
 
Sementara menunggu rakan Daun jumpa doktor, Daun nampak ada sepasukan askar di bahagian luar kawasan menunggu sedang boarding mayat dalam van jenazah. Ada dua tiga rakan askar tersebut yang tak dapat menahan sebak dan menangis di luar van tersebut. Suasana waktu tu macam waktu terhenti. Segala yang terjadi dalam hospital tu, gerak jalan, jam semuanya macam bergerak perlahan. 

Sayu.

Tiga kali consultation hari tu. Kali pertama dengan doktor biasa. Kali kedua pun sama. Kali ketiga Doktor Pakar Plastik yang consult rakan Daun. Katanya kulit dia dah rosak tahap kedua. Dan ada kemungkinan ibu jari nya tak dapat berfungsi lagi (disfunction).

Orang cakap, apa yang terjadi semua ada hikmah nya.

Allah pula berfirman,
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaan) bahawa sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.” (Alam Nasyrah :: 5)
Don’t Be Sad! Orang putih cakap,

La Tah Zan! Orang Arab cakap,

Jangan Bersedih! Orang melayu cakap.

Semua pun bila berlaku musibah, atau masalah pasti akan cakap “relakslah jangan sedih-sedih macam ni.”

Rasional kah untuk suruh orang yang merasai kehilangan dan sakit untuk tidak bersedih? Wajarkah perlakuan tersebut sedangkan sedih itu fitrah manusia?

Andaikan Datin R membeli cincin berharga billion dollar. Seminggu kemudian cincin itu hilang. Sebagai orang yang tak mempunyai apa-apa pertalian dengan Datin R, wajarkah Daun bersedih atas 
kehilangan cincin tersebut?

Ya, terimalah hakikat. Tidak ada satupun di dunia ini yang hak atau milik kita secara mutlak. Semua yang ada dan yang tak ada di dunia ini adalah milik Dia. Dialah Allah Tuhan Sekalian Alam. Dia lah al-Khaliq (Yang Maha Mencipta), al-Bari(Yang Maha Mengadakan).

Tak siapa yang sangka tengah sibuk menggoreng, minyak meletup dan terkena tangan. Melecur.
Ramai yang berdarah akibat kemalangan. Tak pasal-pasal luka. Terkoyak kulit.

Jika anda mengatakan tangan dan kaki anda hak anda, bagaimana mungkin anda dapat tahan daripada kerosakan terhadap kedua-duanya apabila berlaku kemalangan? Ramai antara kita yang tak sedar atau terleka dan terlupa. Tubuh badan yang kita gunakan sekarang ini bukan milik kita. Ini semua hak Allah dan kita semua hanya meminjam dari Allah SWT.

Rupa paras yang cantik, kulit yang licin, rambut yang lebat dan lurus, tak mustahil akan jadi buruk, berkedut, nipis dan rosak jika Allah berkehendak sedemikian.

Seorang perdana menteri, harta setinggi langit dan bumi, pandai dan bijaksana, tak mustahil akan jadi rakyat biasa, papa kedana, bodoh dan dungu jika Allah berkehendak sedemikian.

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membangga diri.”(Luqman :: 18)
Jadi kenapa perlu sombong? Apa yang kita ada sekarang tak semestinya kita akan ada esok. Jadi bersyukurlah.

Bila baca yaasin ramai-ramai, bila baca tahlil ramai-ramai, bila melihat van jenazah di jalan raya, tak terfikir kah kita…
“bila yaasin ini akan dibacakan pada aku?”
“bila tahlil ini akan dibacakan untuk aku?”
“bila van jenazah ini akan membawa aku?”
“apakah perasaan yang akan aku rasa apabila melihat ibu bapa aku menangis, adik-adik di hadapan, teman-teman juga ada dan aku tak dapat katakan apa-apa pada mereka?”
Sahabat, nyawa kita hanya nombor, tetap juga hak Allah. Bila Allah berkehendak kan kita mati, siapa sahaja yang dapat tolong kita?
Di kesempatan ini marilah kita sama-sama mengucapkan sebanyak mungkin yang boleh istighfar (astarghfirullah al’azim), tasbih (subahanallah), tahmid (alhamdulillah), dan takbir (Allahuakbar).

Ingatlah,Allah lah pemilik sekalian yang ada di langit dan di bumi. Kita hanya pinjam.
“Dan kepunyaan Nya lah siapa saja yang ada di langit dan di bumi. Semuanya hanya kepada Nya tunduk.”(al-Rum :: 26)
DAN
“…ketahuilah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah suatu yang mainan dan melalaikan”(al-Hadid :: 20)
Ps: kulit kau yang melecur tu, bukan hak kau.

Semoga dosa kau dihapuskan Allah dan diangkatkan darjat dengan asbab kesabaran kau menghadapi dugaan ni.
“Apabila Allah memberikan sesuatu musibah kepada seorang hambanya, Dia memberinya sama ada untuk menghapuskan dosa-dosanya atau untuk mengangkat darjat seseorang hamba itu.”(Musnad Ahmad)
"Mata melihat, akal berfikir, iman tentukan"

Tentera Malaysia Ku KUNO


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih lagi di takuk lama. Kita sudah pun merdeka 54 tahun dan bakal menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan yang ke 55. Masih, masih di takuk lama yang kira-kira masih berada di sekitar pasca kemerdekaan. Oh, atau mungkin lebih teruk?
“Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh hari mulia negaraku merdeka”
Apa lah ertinya merdeka andai pemikiran, cara hidup dan pelaksanaan ketenteraan masih dibayangi sistem kuno? Ya, SISTEM KUNO.


Pernah pergi camping under askar? Haha, tak payah cerita semua pun tahu betapa lancangnya mulut pegawai-pegawai askar yang bertugas. ‘Babi’, ‘anak haram’, ‘bodoh’, ‘bangang’, ‘haram jadah’, ‘sial’, dan segala macam perkataan kasar keluar dari mulut mereka. Ya, konon nya, askar mesti berperwatakan sedemikian, mean, rude. Kononnya juga itulah definisi tough. Err, atau memang itupun definisi askar?

Itu waktu di zaman sekolah, bila masuk U, berkenalan pula dengan PALAPES atau ROTU. Alah, sama je group ni dengan askar, cuma yang ni bawah sikit dari askar sebab yang ini askar simpanan. Pun sama dengan perihal waktu di zaman sekolah, pak-pak askar ni boleh kata memang terlatih dengan kata-kata kesat yang bagi Daun sssssssssaaaaannngggaatttt annoying dan merendah kan martabat seorang askar.

Ada pernah Daun tanyakan seorang sahabat Daun yang merupakan salah seorang ahli PALAPES. “kau tak kisah kena maki hamun setiap kali latihan?”. Tahu apa jawapan dia? Biar Daun simpulkan dengan kata-kata pujangga Melayu. ALAH BISA TEGAL BIASA!

Alamak, sampai dah terbiasa kena maki hamun. Bukan kah setiap kata-kata itu satu doa? Bukankah Islam telah mengajar kita untuk ucapkan perkataan yang baik-baik dan panggil seseorang dengan nama yang baik-baik?

Memang tak dinafikan mungkin sembahyang telah diutamakan dalam ketenteraan kita (Daun tak pasti) tapi adakah Islam itu hanya solat lima waktu?

Apakah yang utama dalam ketenteraan kita, BERJUANG DEMI AGAMA DAN *BANGSA ATAU BERJUANG DEMI *BANGSA DAN AGAMA?
(*bangsa di sini membawa pengertian bangsa Malaysia seperti yang dicanangkan di dalam buku teks sejarah tingkatan 5 bab Negara Bangsa)

Ini yang sepatutnya dititik beratkan dalam ketenteraan kita. Andai demi agama, agama mesti didahulukan, namun sehingga kini, nampak nya seperti agama menjadi wadah keterbelakang. Iyalah. Masakan boleh keluar skandal-skandal busuk dalam ketenteraan sekiranya Islam itu didahulukan. Iya, media telah pun menutup kes-kes besar yang melibatkan orang-orang besar. Dan sememangnya ketenteraan di Malaysia makin hari makin tercalar imejnya. Yang besar banyak main bawah meja. Yang kecil, pun satu kes.


Pernah dengar kes budak askar (freshman) kena torture dengan senior sampai kena minum air kencing budak-budak senior, diperlaku seperti anjing? Dan sampai lembik budak tu kena belasah.. pernah dengar?

Kes yang paling mutakhir, yang berlaku alahai dekat sangat dengan rumah Daun. Kes budak askar juga kena belasah sampai MATI oleh pegawai-pegawai atasan di kem tentera Sungai Besi sebab tak tabik hormat kat pegawai atasan, walhal askar yang kena belasah tu tak tahu pun orang tu pegawai atasan. Ada dengar? Kes ni baru lagi, baru beberapa hari lepas.

Nampak kah di mana Islam dalam ketenteraan??? Entah di mana tempat di belakang.

Bila ditanyakan kepada mereka yang fanatik dengan askar, atau pegawai-pegawai tinggi askar yang dah pencen atau masih bertugas dengan isu-isu ini, apa yang mereka selalu katakan?
“Dah namapun askar, biasalah tu kena ragging sikit2, kena buli. Kalau baru kena suruh minum air kencing pun tak tahan and nak kecoh satu Malaysia, baik tak payah join askar. Macam mana kalau kena tangkap dengan musuh then kena paksa bagitahu hal-hal sulit ketenteraan kita? Kalau setakat kena minum air kencing yang baru sikit tu pun dah lembik macam mana nak tahan kena seksa yang lebih hebat dari pihak musuh?”
Oh, nak kuatkan diri dari diseksa, kena rasa seksaan dari kawan-kawan dulu. Kiranya kalau seksaan jenis yang duduk atas kerusi besi then kena alir elektrik, so semua askar kita kena biasakan diri kena renjatan elektrik dulu lah??

Agak-agak kena tahan dengan musuh yang askar-askar semua jenis gay, so askar-askar kita kena hadap punggung dengan member-member askar yang lain dulu supaya tahan kena seksa ‘di fuck’ askar-askar musuh bila kena tangkap nanti lah??

Seorang doktor, sebelum bedah orang tengok darah orang lain, kena tengok darah diri sendiri dulu? Barulah tak takut tengok darah. So sebagai preparation nak tengok darah orang lain terpancut-pancut, doktor kena tetak tangan masin-masing dan tengok darah terpancut keluar dari tangan masing-masing dulu lah??

Daun terfikir adakah tentera raja al-Fatih yang berjaya menakluk kota Constantinople dari jajahan Kristian begitu juga? Haha, sudah pasti tidak. Mereka merupakan askar terbaik dari pemimpin terbaik menurut Rasulullah SAW. Tentu tidak ada maki hamun yang kononnya nak tunjuk ganas, mean, rude tadi. Tentu juga tak ada istilah buli dan torture. Jadi, apahal askar-askar kita terbalik?

Jawapan Daun mudah, andai tentera al-Fatih dan tentera Salahuddin al-Ayubi kuat kerana kuatnya keislaman pada mereka, tentu tentera kita lemah kerana lemahnya keislaman pada tentera-tentera kita.

Merokok itu sudah difatwakan haram. Tahu kan?


Tapi pernah kah walau sekali korang nampak lelaki askar yang bibir nya merah bak delima. Pernah? Kalau pernah, syukur Alhamdulillah. Dah 22 tahun Daun hidup, dan sampai sekarang Daun tak pernah nampak askar lelaki bibir merah. Semua pun hitam kelat. Iya, semua hitam kelat dek lantaran rokok peneman diri.
 Alahai si askar, diri sendiri pun tak dapat nak jaga macam mana nak jaga rakyat Malaysia dan berkhidmat demi Negara? Takut lah.. takut belum sempat pergi berjuang dah penuh kat IJN sebab jantung berlubang!

Dari dulu sampai sekarang, teknologi dah makin canggih. Pemikiran, pelaksanaan, dan gaya hidup bila nak berubah? Andai anda dulu dilatih pegawai zaman batu, jangan lah anda pula mengajar anak bawahan anda syllabus zaman batu juga, gunakan syllabus yang baru, anda kena biasakan diri dengan syllabus zaman besi!

Nampak tak yang dunia ini perlukan perubahan?

Kita semua tahu, mula nya askar di Tanah Melayu dulu dilatih dengan Imperialis-imperialis Inggeris, jadi ketenteraan barat banyak influenced kita punya ketenteraan. Dan perlembagaan malah. Tapi itu dulu waktu kita semua hanya tahu ZERO. Sekarang kita dah tahun entah mungkin SERIBU dan mungkin lebih. So kenapa tidak bubarkan yang lama buat yang baru yang lebih original?? Percayalah kita perlukan ISLAM dalam ketenteraan kita barulah kita jadi kuat!

Masa untuk berubah pak-pak askar, moh jadikan Islam sebagai teras dan BERAMAL dengan AJARAN ISLAM YANG SEBENAR!
Abe-abe askar pun kena faham, Islam itu lembut dalam TEGAS bukan lembut dalam GANAS.

Ps: Daun teringin nak lihat para askar kita sebagai seorang Hafiz. Di malam nya seorang rahib, siang nya umpama singa di medan pertempuran!


"Mata melihat, akal berfikir, iman tentukan"