I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 10 July 2012

Serangan Golongan Amrad di Malaysia!

Ya, perasan atau tidak, golongan amrad ini saban hari bertambah. Jika zaman dahulu di Malaysia hanya segelintir sahaja golongan ini, sekarang, boleh kata di mana bumi dipijak di situ ada amrad!
Ada satu persoalan yang timbul sewaktu Daun menulis entri ‘Perlu ke Purdah?’

Ini persoalan nya.

“seandainya seorang wanita itu terlalu cantik, lantas wanita tersebut menutup wajah nya dengan mengenakan purdah untuk mengelakkan fitnah, bagaimana pula dengan lelaki yang memiiki rupa paras yang cantik? Perlukah purdah untuk lelaki seperti ini bagi mengelakkan fitnah?”

contoh lelaki 'amrad' di Malaysia




Merujuk kepada artikel ‘AMRAD Lelaki cantik?’ ruangan tanyalah ustaz, ms.71, majalah GenQ, isu 11, memberikan pengertian bahawa perkataan ‘Amrad’ diambil daripada perkataan Arab yang membawa maksud bersih ke dua-dua pipinya daripada bulu. Dari segi istilah pula membawa maksud seseorang lelaki yang belum tumbuh janggutnya walaupun telah nampak bibit misainya.
Senang cakap, golongan amrad ini ialah golongan lelaki yang mempunyai rupa yang cantik yang mana mampu menarik perhatian bukan sahaja dari golongan wanita bahkan golongan lelaki.


Bahaya bukan golongan ini! Jadi, Daun terfikir, apa solusi yang mungkin dapat kita ketengahkan seandainya anda seorang amrad? Bagaimana hendak kita bergaul dengan golongan ini?

Sebelum itu, anda perlu tahu bahawa batas-batas terhadap golongan ini lebih kurang batas-batas seorang lelaki terhadap wanita yang bukan mahram. Melihat lelaki amrad yang mempunyai wajah yang menarik dan boleh mendatangkan fitnah ada dua hukum:
  1. Harus: melihat dan bersendirian dengannya tanpa niat untuk menikmati dan berseronok dengannya serta aman daripada fitnah.
  2. Haram: melihat dan bersendirian dengannya dengan niat untuk menikmati keelokan wajahnya, merasai keseronokan melihatnya dan menuruti syahwat untuk melihatnya.
Pernah dahulu sekali dua Daun terserempak dengan golongan amrad ini. Sewaktu itu Daun di Mid Valley (kalau tak silap). Nampak satu pasangan ni, umur dalam anggaran 18~20 tahun, pelajar lepasan SPM lah. Wanitanya bertudung, cantik, memang cantik perempuan tu, muka putih, badan tidak gemuk tidaklah kurus, sederhana. Muka ‘flawless’. Nak dijadikan cerita, boleh kata semua yang lalu tak lepas pandang tengok pasangan ni. Tengok pula pasangan perempuan tu, makkkk ngaiiii… muka putih melepak, flawless, rambut lebat, badan tak gemuk tak kurus, dan yang paling penting, kalau perempuan sebelah dia tu cantik, mamat ni lagi cantik daripada perempuan tu. How??

Memang anugerah yang Allah beri pada golongan amrad ini tidak semua yang dapat dan ramai yang mendambakan wajah yang cantik, tapi bila difikirkan semula, adakah mudah memiliki wajah yang dengan senang dapat menimbulkan fitnah ini?

Apa pula hukum berjabat tangan dengan ‘amrad’? di artikel tersebut menulis, “jumhur ulama berpendapat berjabat tangan dan menyentuh ‘amrad’ dengan syahwat hukumnya haram. Sudah difahami, hukum melihatnya dengan syahwat pun sudah diharamkan, inikan pula bersentuhan dengan nya yang lebih dekat membawa kepada fitnah dan syahwat. Adapun jika bukan untuk berseronok, tetapi dikhuatiri timbul syahwat, maka makruh berjabat tangan dan menyentuhnya.”

Dan yang paling Daun kasihan kan golongan ‘amrad’ ini apabila solat berjemaah, keutamaan untuk menjadi imam bukan lagi pada golongan ‘amrad’ tersebut. Jumhur fuqaha mazhab Hanafi, Syafi’I dan Hanbali menyatakan makruh untuk solat di belakang ‘amrad’ kerana dia boleh membawa kepada fitnah. Tapi, walaupun begitu solat di belakangnya tetap sah. Tetapi, sekiranya ada orang lain yang boleh menjadi imam, maka terlebih utama untuk dia menjadi imam.

Sekiranya anda seorang ‘amrad’ apa yang anda perlu lakukan? :
  1. Sedar diri anda seorang ‘amrad’!
  2. Tidak memakai pakaian yang menampak kan susuk tubuh. Atau langsung tidak berbaju. (pemakaian ala-ala bintang korea)
  3. Tidak memakai ‘short’ yang menampakkan sebahagian tubuh anda.
  4. Menjaga pandangan supaya tidak melihat ke arah seseorang terlalu lama terhadap wanita mahupun lelaki.
  5. Tidak memakai pakaian yang terlalu menarik perhatian (eg. Baju berwarna merah jambu) dan tidak memakai aksesori yang berlebihan.
  6. Tidak bersolek.(pakai ‘compact powder’ atau ‘foundation’)
  7. Tidak cakap banyak di khalayak.
  8. Selalu berdoa agar tidak menjadi ‘asbab’ (penyebab) terhadap sesuatu maksiat.
  9. Tidak ‘upload’ gambar di facebook atau mana-mana laman sosial. (dikhuatiri gambar anda diambil dan dijadikan modal untuk melakukan maksiat).
  10. Menjadikan masjid atau surau sebagai rumah ke dua.(agar peribadi menjadi kuat)
  11. Banyakkan berpuasa sunat dan berada dalam keadaan berwuduk.
  12. Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran!
Bagaimana berurusan dengan seorang ‘amrad’?
  1. Tidak memandang terus ke wajah mereka.(menjaga pandangan)
  2. Menjaga hati dengan menanamkan niat perjumpaan tersebut.
  3. Urusan dilakukan mengikut kadar keperluan sahaja dengan syarat selamat dan terpelihara hati dan anggota badan ketika berurusan.
  4. Tidak bergurau senda yang berlebihan.
  5. Tidak melaku kan ‘body contact’ terhadap mereka.(eg. Cubit pipi, tepuk bahu, picit bahu, …)
  6. ‘offer’ diri untuk jadi imam ketika hendak solat berjemaah bersama.
Daun percaya, fitnah disebabkan golongan ‘amrad’ ini bukan suatu yang biasa-biasa. Bahkan sebenarnya lebih berbahaya daripada fitnah yang dibawa oleh orang perempuan. Apa kata Allah dalam hal ini?

“katakanlah kepada golongan lelaki beriman, hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan.” (Surah an-Nur : ayat 30)

p.s : Tadah tangan sekarang. Jom kita doa sama-sama..“Ya Allah berikan kami kekuatan dalam menjaga pandangan kami dan kemaluan kami. Dan berilah kami tingkatan iman yang tinggi, oleh yang demikian terhapus dosa-dosa kami dan beroleh nikmat syurga yang kekal di akhirat kelak. Jadikan kami dari golongan orang-orang yang beriman dan sabar. Amin”

semoga kita semua berjaya menjaga pandangan, dan menjadi lebih dekat kepada-Nya. =)

"Mata melihat, akal berfikir, iman tentukan"

5 comments:

  1. betul tu.... semoga kita sama2 menjaga Islam dari dalam hati bukan sekadar Islam dri nama sahaja...

    ReplyDelete
  2. gambar tu bukan Hizami Li ke?? -.-'

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah.. yg ak taw dia ni pun blogger gak.. n gmbr dia ni member dia jgk yg suggest kat aku.. huhu.. hrp tuan punya gmbr ta tersinggung lah.. huhu

      Delete
  3. ana kene ptuh lah apa yg disebutkan diataskan tdi...

    ReplyDelete