I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 30 July 2012

Lagi lagi pasal tudung!


Lagi lagi pasal tudung. Baik yang menasihat, dan yang dinasihat macam dah mual dengan ajakan untuk bertudung ni.

Sabar, bagi yang selalu berusaha mengajak rakan-rakan muslimah kita supaya bertudung, teruskan usaha anda. Allah dah ajar kita dalam al-Quran supaya bersabar dalam berdakwah, dan sesungguhnya Allah itu sangat hampir dengan mereka yang sabar. Bagi yang selalu ditegur tu, janganlah kecil hati. Bila ada yang ajak untuk bertudung tu bukanlah niat nya nak malukan anda atau nak tunjuk baik, tapi macam seorang ibu, bagaimana kita katakan seseorang ibu itu ialah seorang ibu yang tak baik? Kita selalu marah, bengang bila ramai anak-anak yang melakukan onar, meragut, merompak, buat jahat. Kita akan katakan “apa mak bapa tak ajar kah?” Ya, kita selalu salah kan ibu yang tak ajar anak untuk jadi baik. Dan kita akan katakan ibu yang tak ajar anak itu ibu yang tidak baik. Sama dengan hal ini, kawan-kawan anda yang tegur anda untuk bertudung itu cuma berusaha untuk jadi seorang rakan yang baik. So, instead of condemning them, why not kita ucap syukur dikurniakan kawan yang amat peka terhadap diri kita? Saya sayang anda, anda sayang saya. Awak salah saya tegurkan, saya salah awak tegurkan.

Tudung, tudung, tudung. Macam-macam jenis tudung ada, lilit sana lilit sini. Untuk apa? Untuk tarik ramai lagi muslimah kat luar sana untuk bertudung. Itu yang sampai bervariasi tudung kat pasaran. Itupun masih ramai lagi yang beri seribu macam alasan untuk tidak bertudung.

Tudung untuk apa sebenarnya??
Kita sedia maklum, bagi perempuan mahupun lelaki, masing-masing ada batas-batas tubuh badan yang boleh diperlihatkan kepada umum. Jom fokus pada aurat perempuan. Anda tahu benar aurat perempuan dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali muka dan tapak tangan. Jadinya, tudung ni hanyalah sebagai ‘alat’ atau ‘pakaian’ untuk bantu orang perempuan tutup aurat. Sama lah kiranya macam baju dan seluar yang kita pakai sekarang ni. Kenapa kena pakai baju dan seluar? Sebab malu? Sebab ramai yang buat jadi terpaksa buat juga? Atau sebab kena paksa? Atau sebab trend? Atau sebab tempat dan keadaan? Apa-apa pun alasan dan apa-apa pun jenis pakaian, bagi orang islam, kita pakai baju contohnya, untuk TUTUP AURAT.

Kenapa pula kena tutup aurat?

Islam tak ada paksa-paksa lah!
Ramai je yang pakai tudung tapi ‘main’ tepi tangga juga!
Pakai tudung tapi mulut macam longkang lebih teruk daripada orang tak pakai tudung!
Tak sampai seru lagi!
Belum sampai masanya lagi nak pakai tudung!
Dah memang dari kecil aku tak pernah pakai tudung, buat apa jadi hipokrit!
Rimas lah pakai tudung, panas!

Nah, itu baru sedikit! Mungkin disebabkan ‘panas hati’ atau ‘malu’ kena tegur, itu yang keluar ayat-ayat atau sebab-sebab yang sememangnya menunjukkan kedangkalan ilmu di dada.
“… ketahuilah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sesuatu yang mainan dan melalaikan.” (al-Hadid :: 20)
Pemakaian tudung (penutupan aurat) itu merupakan satu syariat yang WAJIB dilakukan. Buat dapat pahala, tak buat dapat dosa!

Ramai yang gunakan “tak ada paksaan dalam Islam” sebagai alasan. Tapi setahu Daun, “tiada paksaan dalam Islam” itu untuk menyatakan Islam tidak memaksa seseorang yang bukan Islam untuk meninggalkan agama yang dianuti dan menganuti Islam. Senang cakap orang Islam tidak berhak untuk memaksa seseorang bukan Islam untuk masuk Islam. Jadi, “tiada paksaan dalam Islam” tak valid untuk isu ini. Bayangkan kita pergi ke Australia, dah sampai sana penat-penat,kita lepak makan burger kat tepi tasik, dah habis makan, kita buang pula bungkusan makanan itu di tasik tersebut. Dah dan dan terus kena saman. Lepas tu kita bising-bising kat polis tu “ni kalau kat tempat saya tak ada saman-saman macam ni!” then abg polis tu pun balas, “ dah kalau tak nak kena denda, ikut lah peraturan. Dan kalau tak suka dengan undang-undang di sini, keluar saja dari Negara ni!”
Mudah, kita dah pergi ke suatu tempat, kita kena ikut peraturan atau undang-undang tempat tersebut. Kalau kita tak ikut, tetap kena denda! Sama seperti Islam. Kita dah masuk Islam, kita kena ikut undang-undang Islam. Bila tutup aurat itu wajib, sampai kiamat pun penutupan aurat itu tetap wajib.

“tak sampai seru lagi! Nanti dah sampai masanya aku pakai lah.”
Sampai masanya? Bila? Bila nak bernikah? Bila dah pergi haji? Atau bila nyawa sedang dicabut? Tolonglah rasa takut bila nak cakap macam kat atas ni. Kita mungkin boleh plan nak pakai tudung nanti. Tapi hanya Allah sahaja yang tahu sempat atau tidak kita pada “nanti” tu. Entah-entah habis baca entri ni terus meninggal. So tunggu apa lagi? Go grab anything around to cover up your aurat now dear!

Memang tak dinafikan, suatu perasaan yang lain itu timbul bila tak biasa pakai tudung tiba-tiba nak pakai tudung. Memang perasaan tu lain dan aneh. Lebih-lebih lagi apabila mak, kakak, kawan-kawan, dan saudara mara perempuan semua jenis free hair. Cuba anda bayangkan begini. Anda seorang sahaja yang bertudung. Dan alasan anda tak bertudung selama ini adalah kerana persekitaran dan teman-teman seharian juga tidak menutup aurat dan anda malu dengan ‘perbezaan’ melakukan ‘perubahan’ tersebut. Tapi kini anda bertekad untuk bertudung. Dengan izin Allah, dengan penghijrahan anda untuk bertudung itu membuatkan ibu anda, dan mereka di keliling anda juga turut bertudung. Mereka juga rupanya seperti anda yang malu untuk melakukan perubahan atas sebab faktor persekitaran, namun disebabkan anda kuat dan initiate usaha tersebut, terkesan mereka di sekeliling anda. Sekarang anda hitung, anda pakai tudung dapat pahala, anda menjadi asbab(penyebab) mereka di sekeliling anda turut bertudung pun dapat pahala. Mereka pula didik anak-anak dan rakan-rakan mereka untuk turut bertudung. Wah..UNTUNGLAH banyaknya pahala anda dapat tanpa anda sedari.

Hitung juga, andai anda terus tidak menutup aurat, anda buatkan lelaki di sekeliling anda berdosa memandang aurat anda dengan nafsu, dan mereka melepaskan nafsu tersebut dengan melancap, perkosa perempuan lain, tengok CD lucah, layari laman web porno… semuanya sebab anda ‘trigger’ mereka punya syahwat dengan menampakkan aurat anda. Banyak nya… banyak nya dosa… lebih teruk lagi anda akan jadi asbab(penyebab) ayah dan suami anda untuk tak dapat masuk syurga.

Marilah, mari tolong kami kaum Adam untuk jaga pandangan kami, untuk jaga kemaluan kami, untuk jadi tiket kami masuk syurga…

p.s. : Alhamdulillah, terima kasih jika anda sudi berhijrah dan berazam untuk menjalani kehidupan seorang wanita muslimah yang sebenar. Pasti hari-hari mendatang anda berbeza, namun be strong! Kalau anda hadapi berbagai-bagai cabaran. Terus berusaha untuk jadi muslimah yang terbaik dan berserah lah kepada Allah.
“…apabila sudah membulatkan tekad (berusaha) maka bertawakallah kepada Allah…” (Ali-Imran :: 159)
Anda tidak berseorang! Allah ada, kami pun ada =)

"Mata melihat, akal berfikir, iman tentukan"

Friday 27 July 2012

Boleh murtad nyanyi lagu Matahariku?

Lagu ni sebenarnya merupakan salah satu favourite Daun juga bila pergi karaoke. Muzik nya besttt bangat.. dah bertahun nyanyi lagu ni. TAPI tak pernah perasan ada yang tak kena dengan lagu ni. Korang perasan tak apa yang tak kena dengan lagu ni?
Tertutup sudah pintu,
pintu hati ku,
yang pernah dibuka waktu,
hanya untuk mu.
Kini kau pergi,
dari hidup ku,
ku harus relakan mu,
walau aku tak mau.
Agak jelas ‘ku’ merujuk kepada si penyanyi lagu ini. Dan ‘mu’ merujuk pada Buah Hati si penyanyi. Penyanyi dalam rangkap ni rela dan reda, Buah Hati pergi tinggalkan dia. Katanya pintu hati dia yang dulu si Buah Hati yang buka dah tertutup bila si Buah Hati pergi dari hidup si penyanyi tersebut.
Berjuta warna pelangi,
didalam hati.
Sejenak luluh bergeming,
menjauh pergi.
Tak ada lagi,
cahaya suci,
semua nada beranjak,
aku terdiam sepi.
Da.. sudah.. luluh hati si penyanyi. Bak kata pepatah habis madu sepah dibuang. Meratap sedih si penyanyi. Dah tak ada cahaya lagi dalam hidup dia.
Dengarlah matahari ku,
suara tangisan ku,
ku bersedih,
kar’na panah cinta menusuk jantung ku.
Ucapkan matahari ku,
puisi tentang hidup ku,
tentang ku,
yang tak mampu,
menaklukkan waktu.
Humphhh! Kat sini yang tak kena. Matahariku? Matahari? Merujuk kepada siapa? Si Buah Hati? Hell no!! apahal penyanyi mengadu kat Matahari yang dia kena ‘dumped’?? Jadi, siapa Matahari ni??

Jom kita tengok siapa penyanyi lagu ni. Agnes Monica. Baik, di sini jelas si penyanyi ini bukan beragama Islam. Lalu apa agama yang dia anuti? Ya, Kristian! Jadi, siapa sebenarnya Matahari dalam lagu ini?

Daun ada video pengakuan seorang mantan biarawati dari Indonesia.

Mantan biarawati tersebut

Beliau dilahirkan memang dari keluarga Kristian tegar. Sejak dari kecil lagi beliau sudah dididik dengan ajaran Kristian. Dan di usia belasan tahun sudah dilatih untuk menjadi paderi muda (young sister). Dalam video tersebut, beliau mengaku yang kristianisasi merupakan agenda yang sangat dititik beratkan dan hangat dilakukan di Indonesia ketika ini (ketika beliau masih kristian dan mungkin sehingga kini). Mereka(penganut kristian) melakukan pelbagai cara untuk mengkristian kan orang Islam (orang sesat bagi penganut kristian). Dan teknik yang paling berkesan ialah dengan menggunakan umpan. Teknik yang diguna pakai sama seperti teknik untuk kita menangkap ayam.


 Gunakan dedak, campak di suatu kawasan, bila ayam dah penuh dan sibuk makan, secara perlahan ayam-ayam itu ditangkap. Ya, umat Islam sekarang diandaikan seperti ayam tersebut. Lagu ini Daun lihat mungkin salah satu ‘dedak’ untuk menggoyahkan iman orang Islam.
Dalam video tersebut lagi, mantan biarawati tersebut ada membincangkan tentang perayaan Hari Natal atau kita lebih ‘mesra’ dengan panggilan Christmas. Apa sebenarnya perayaan tersebut? Ada dua pendapat, pendapat pertama mengatakan perayaan tersebut adalah untuk mengingati lahirnya Jesus atau nabi Isa a.s. dan pendapat yang ke dua sebenarnya perayaan tersebut adalah untuk mengingati lahirnya Dewa Matahari. Mana timbulnya Dewa Matahari?
Perayaan Christmas itu ialah pada 25 Disember. Semua pun tahu bila. Dan tentu kita semua perasan apabila Christmas berlangsung, sebuah pohon (pokok cemara) akan dihiaskan.

pohon cemara yang dihias

 Nah, kalau perayaan Christmas itu untuk menyambut kelahiran nabi Isa a.s., mana datangnya pokok cemara? Walhal nabi Isa a.s lahir di Palestin. Dan sampai hari ini tak ada satu pun pokok cemara tumbuh di Palestin. Mana datangnya pokok cemara tersebut? Di sinilah kisah yang kebanyakan orang Kristian dan Islam tidak tahu.

Semuanya merupakan dakyah politik gereja Romawi ketika cuba menakluk Jerman. Persoalan diutarakan oleh Mantan Biarawati tersebut, “kenapa Jesus (Nabi Isa a.s) dikatakan lahir pada 25 Disember sedangkan dalam Bible tidak mengatakan begitu?mulai abad ke-5 perayaan Christmas baru dirayakan”. Katanya, semua ini merupakan alasan politik yang mana saat itu rakyat Romawi tidak mahu masuk Kristian kerana takut Perayaan Pora yang mereka sambut setiap 25 Disember untuk meraikan lahirnya Dewa Matahari dimansuhkan. Rentetan hal ini, Konstantin pada waktu itu mengatakan Jesus (Nabi Isa a.s.) lahir pada 25 Disember. Lantas rakyat Romawi membuat kesimpulan bahawa Jesus ialah anak Dewa Matahari. Dan hal ini dipersetujui Konstantin tersebut.
Dengarlah matahari ku,
suara tangisan ku,
ku bersedih,
kar’na panah cinta menusuk jantung ku.
Astaghfirullah, selama ini kita main nyanyi je lagu ini. Walhal dengan jelas lagu ini memberi reaksi seorang yang putus cinta menangisi dan meratapi kisah sedihnya kepada Tuhan Matahari! licik musuh-musuh Islam. Dengan senyap mereka cuba rosakkan akidah kita umat Islam. Ayuh bangkit dan sedar di mana duduk letak agama Islam sekarang. WE GOTTA DO SOMETHING BROTHERS!

“Maka sesiapa yang tidak percayakan kepada Taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang kukuh teguh,yang tidak akan terombak(putus). Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”- surah al-Baqarah :: ayat 256

link video:

p.s. : Banyakkan beristighfar untuk mantapkan iman di dada!
“(Kata Nabi Hud) dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian taubatlah kepada-Nya supaya Dia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu (yang sedia ada)”Surah Hud :: ayat 52

"Mata melihat, akal berfikir, iman tentukan"

Tuesday 10 July 2012

Serangan Golongan Amrad di Malaysia!

Ya, perasan atau tidak, golongan amrad ini saban hari bertambah. Jika zaman dahulu di Malaysia hanya segelintir sahaja golongan ini, sekarang, boleh kata di mana bumi dipijak di situ ada amrad!
Ada satu persoalan yang timbul sewaktu Daun menulis entri ‘Perlu ke Purdah?’

Ini persoalan nya.

“seandainya seorang wanita itu terlalu cantik, lantas wanita tersebut menutup wajah nya dengan mengenakan purdah untuk mengelakkan fitnah, bagaimana pula dengan lelaki yang memiiki rupa paras yang cantik? Perlukah purdah untuk lelaki seperti ini bagi mengelakkan fitnah?”

contoh lelaki 'amrad' di Malaysia




Merujuk kepada artikel ‘AMRAD Lelaki cantik?’ ruangan tanyalah ustaz, ms.71, majalah GenQ, isu 11, memberikan pengertian bahawa perkataan ‘Amrad’ diambil daripada perkataan Arab yang membawa maksud bersih ke dua-dua pipinya daripada bulu. Dari segi istilah pula membawa maksud seseorang lelaki yang belum tumbuh janggutnya walaupun telah nampak bibit misainya.
Senang cakap, golongan amrad ini ialah golongan lelaki yang mempunyai rupa yang cantik yang mana mampu menarik perhatian bukan sahaja dari golongan wanita bahkan golongan lelaki.


Bahaya bukan golongan ini! Jadi, Daun terfikir, apa solusi yang mungkin dapat kita ketengahkan seandainya anda seorang amrad? Bagaimana hendak kita bergaul dengan golongan ini?

Sebelum itu, anda perlu tahu bahawa batas-batas terhadap golongan ini lebih kurang batas-batas seorang lelaki terhadap wanita yang bukan mahram. Melihat lelaki amrad yang mempunyai wajah yang menarik dan boleh mendatangkan fitnah ada dua hukum:
  1. Harus: melihat dan bersendirian dengannya tanpa niat untuk menikmati dan berseronok dengannya serta aman daripada fitnah.
  2. Haram: melihat dan bersendirian dengannya dengan niat untuk menikmati keelokan wajahnya, merasai keseronokan melihatnya dan menuruti syahwat untuk melihatnya.
Pernah dahulu sekali dua Daun terserempak dengan golongan amrad ini. Sewaktu itu Daun di Mid Valley (kalau tak silap). Nampak satu pasangan ni, umur dalam anggaran 18~20 tahun, pelajar lepasan SPM lah. Wanitanya bertudung, cantik, memang cantik perempuan tu, muka putih, badan tidak gemuk tidaklah kurus, sederhana. Muka ‘flawless’. Nak dijadikan cerita, boleh kata semua yang lalu tak lepas pandang tengok pasangan ni. Tengok pula pasangan perempuan tu, makkkk ngaiiii… muka putih melepak, flawless, rambut lebat, badan tak gemuk tak kurus, dan yang paling penting, kalau perempuan sebelah dia tu cantik, mamat ni lagi cantik daripada perempuan tu. How??

Memang anugerah yang Allah beri pada golongan amrad ini tidak semua yang dapat dan ramai yang mendambakan wajah yang cantik, tapi bila difikirkan semula, adakah mudah memiliki wajah yang dengan senang dapat menimbulkan fitnah ini?

Apa pula hukum berjabat tangan dengan ‘amrad’? di artikel tersebut menulis, “jumhur ulama berpendapat berjabat tangan dan menyentuh ‘amrad’ dengan syahwat hukumnya haram. Sudah difahami, hukum melihatnya dengan syahwat pun sudah diharamkan, inikan pula bersentuhan dengan nya yang lebih dekat membawa kepada fitnah dan syahwat. Adapun jika bukan untuk berseronok, tetapi dikhuatiri timbul syahwat, maka makruh berjabat tangan dan menyentuhnya.”

Dan yang paling Daun kasihan kan golongan ‘amrad’ ini apabila solat berjemaah, keutamaan untuk menjadi imam bukan lagi pada golongan ‘amrad’ tersebut. Jumhur fuqaha mazhab Hanafi, Syafi’I dan Hanbali menyatakan makruh untuk solat di belakang ‘amrad’ kerana dia boleh membawa kepada fitnah. Tapi, walaupun begitu solat di belakangnya tetap sah. Tetapi, sekiranya ada orang lain yang boleh menjadi imam, maka terlebih utama untuk dia menjadi imam.

Sekiranya anda seorang ‘amrad’ apa yang anda perlu lakukan? :
  1. Sedar diri anda seorang ‘amrad’!
  2. Tidak memakai pakaian yang menampak kan susuk tubuh. Atau langsung tidak berbaju. (pemakaian ala-ala bintang korea)
  3. Tidak memakai ‘short’ yang menampakkan sebahagian tubuh anda.
  4. Menjaga pandangan supaya tidak melihat ke arah seseorang terlalu lama terhadap wanita mahupun lelaki.
  5. Tidak memakai pakaian yang terlalu menarik perhatian (eg. Baju berwarna merah jambu) dan tidak memakai aksesori yang berlebihan.
  6. Tidak bersolek.(pakai ‘compact powder’ atau ‘foundation’)
  7. Tidak cakap banyak di khalayak.
  8. Selalu berdoa agar tidak menjadi ‘asbab’ (penyebab) terhadap sesuatu maksiat.
  9. Tidak ‘upload’ gambar di facebook atau mana-mana laman sosial. (dikhuatiri gambar anda diambil dan dijadikan modal untuk melakukan maksiat).
  10. Menjadikan masjid atau surau sebagai rumah ke dua.(agar peribadi menjadi kuat)
  11. Banyakkan berpuasa sunat dan berada dalam keadaan berwuduk.
  12. Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran!
Bagaimana berurusan dengan seorang ‘amrad’?
  1. Tidak memandang terus ke wajah mereka.(menjaga pandangan)
  2. Menjaga hati dengan menanamkan niat perjumpaan tersebut.
  3. Urusan dilakukan mengikut kadar keperluan sahaja dengan syarat selamat dan terpelihara hati dan anggota badan ketika berurusan.
  4. Tidak bergurau senda yang berlebihan.
  5. Tidak melaku kan ‘body contact’ terhadap mereka.(eg. Cubit pipi, tepuk bahu, picit bahu, …)
  6. ‘offer’ diri untuk jadi imam ketika hendak solat berjemaah bersama.
Daun percaya, fitnah disebabkan golongan ‘amrad’ ini bukan suatu yang biasa-biasa. Bahkan sebenarnya lebih berbahaya daripada fitnah yang dibawa oleh orang perempuan. Apa kata Allah dalam hal ini?

“katakanlah kepada golongan lelaki beriman, hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan.” (Surah an-Nur : ayat 30)

p.s : Tadah tangan sekarang. Jom kita doa sama-sama..“Ya Allah berikan kami kekuatan dalam menjaga pandangan kami dan kemaluan kami. Dan berilah kami tingkatan iman yang tinggi, oleh yang demikian terhapus dosa-dosa kami dan beroleh nikmat syurga yang kekal di akhirat kelak. Jadikan kami dari golongan orang-orang yang beriman dan sabar. Amin”

semoga kita semua berjaya menjaga pandangan, dan menjadi lebih dekat kepada-Nya. =)

"Mata melihat, akal berfikir, iman tentukan"

Hai, Ini Cerita Aku.

Hari ini, hari Jumaat, 6 Hb. Julai 2012. Pagi tadi mak aku kejut suruh pergi pasar. Pergh malas gila ahh, celik-celik je mata dah kena suruh buat itu ini. Kadang-kadang aku rasa rimas. Sikit-sikit nak suruh aku. Apa ingat aku kuli batak ke nak suruh aku buat macam-macam hari-hari. Dah macam tak ada anak lain pula. Em, aku buat muka seposen, ambil kunci motor, “nak beli apa?!” aku bentak. Aku jeling mak aku supaya dia kecil hati dan rasa macam mana sakit hati yang aku rasa ini. Huh, terus dia tunduk muka. Nasiblah, sekurang-kurang nya aku hendak juga pergi. Aku ‘blah’ terus pergi pasar. Bila fikir semula, kurang ajar juga aku layan mak aku macam tu, tapi tak apa lah, puas juga hati dapat tunjuk perasaan. Pagi ni agak nyaman. Mana tak nya, malam tadi hujan sampai ke subuh. Layan gila tidur! Hehe bila hujan macam tu, memang selalu aku layan CD yang aku pinjam dari member aku. Dua kali basah tu semalam! Longlai lutut aku pagi ni. Tapi tak apa lah. Banyak je kopi-kopi tenaga bapa aku beli ada kat dapur tu. Rembat je sepaket dua. Terus rasa macam nak ber’kuda’ semula.

Sampai kat pasar, ada seorang Mak Cik tua ni. Adoi, semak gila pandangan aku tengok Mak Cik ni. Apa hal lah nak minta-minta sedekah ni. Apa dulu waktu muda tak pernah kerja kumpul duit kah? Sikit-sikit nak minta sedekah. Cubalah usaha berkerja. Aku geleng kepala tengok Mak Cik tu. Selesai beli semua barang mak aku, aku terus balik. Sampai di rumah, apa lagi layan fb terus lah. Pergh memang terbaik dari ladang. Haha. Pergi kelas pakai baju kurung. Sekali bila upload gambar di fb, “saja nak buat aku HIGH!”. Ada juga member-member aku yang suka sangat update status bab-bab agama. Ah, menyampah seyh muka macam baik sangat je, main bola pakai seluar pendek juga. Sembahyang pun entah cukup entah tidak. Cakap sahaja pandai. Rimas member macam ni! Aku pun lantas update status kat wall aku ‘tak payah lah nak tunjuk kat orang yang ko tu baik macam malaikat. Aku kenal sangat perangai kau tu’. Update-update je terus dapat banyak ‘like’. Hihi. Sedang asyik aku layan fb tiba-tiba meragam pula mak aku ni. Tak larat lah, itu lah, ini lah, ada saja alasan tak nak masak. Lepas tu boleh pula suruh aku picit kepala dia. Haissshhh.. keluh panjang aku. “kejap lah, nak pergi tandas kejap!” aku meluru masuk ke bilik air. Entah macam mana aku tak perasan sabun kat lantai dalam bilik air tu aku terpijak. Waktu nak terlentang jatuh tu tangan aku cuba hendak barpaut kat apa-apa yang boleh aku paut kat belakang aku tapi entah macam mana aku boleh lupa yang kat belakang tu cermin muka. Cermin tu terpelantaing ke atas. Belakang kepala aku terhentak kuat di sinki yang betul-betul bawah cermin muka tu. ‘BAMMM’ sakitnya memang tak dapat nak digambarkan. Bila aku dah terbaring kat lantai bilik air tu, cermin yang terpelanting ke atas tadi jatuh tercucuk ke muka aku. Humphhhhhh. Itulah kali pertama aku rasakan kesakitan yang teramat sangat. Sakit sangat. Sakit sangat. Sakit sangat.

Tak sangka pula aku sakit mati itu sampai macam tu sekali. Humph, kenapa cepat sangat aku mati? Aku muda lagi. Banyak lagi perkara yang aku nak buat. Kalau lah aku tahu hari ni aku akan mati… hmmm tentu aku akan banyakkan sedekah, tentu aku akan tolong picitkan mak aku, tentu aku akan tolong dia tak kira macam mana malas pun aku waktu tu, tentu aku akan post perkara-perkara yang berfaedah kat fb tu, tentu aku tak kan kutuk kawan-kawan aku, tentu aku tak akan lewatkan solat lima waktu.. Ada beberapa hari lagi untuk Ramadhan. Sebenarnya aku ada plan nak bertaubat bulan ramadhan nanti. Tapi, mana tahu aku mati hari ini. Aku ingat sempat. Sekarang ni, aku dah mati. APA YANG BOLEH AKU BUAT?

“Dan barang siapa yang ringan timbangannya, maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, mereka kekal di dalam neraka Jahanam. Muka mereka dibakar api neraka dan mereka di dalam neraka itu dalam keadaan cacat. Bukankah ayat-ayat Ku telah dibacakan kepadamu sekalian, tetapi kamu selalu mendustakannya? Mereka berkata, “Ya Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan kami dan adalah kami orang-orang yang sesat. Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami daripadanya (dan kembalikanlah kami ke dunia), maka jika kami kembali (juga kepada kekafiran), sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim. Allah berfirman, “Tinggallah dengan hina di dalamnya, dan janganlah kamu berbicara dengan Aku!” (al-Mu’minun :: 103-108)

Bila seorang anak Adam itu mati, hanya 3 perkara yang akan dibawa…
1. Sedekah.
2. Doa anak soleh.
3. Amal soleh.

“Bila kita mati, bermulalah sebuah kehidupan…” − Ustaz Fauzi Mustaffa

p.s: berhijrah lah sebelum terlambat. Apa yang telah kita lakukan hari ini?

"Mata melihat, akal berfikir, iman tentukan"

Wednesday 4 July 2012

Ini Bukan Cerita Kanak-kanak

Aku tersenyum tatkala menaip sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada rakan karib ku, Zul..
"SMS siapa tu sayang?" Azmi yang sedang memandu Honda accord berwarna silver itu menjeling ke arah aku.
"Zul, kawan sayang yang sayang ceritakan pada Abi hari itu.. Tak ingat ya?" Aku mencubit manja badan nya yang sasa.
Sambil tersenyum aku melabuhkan kepala ku di bahunya.
"Oh, sms apa lah tu agaknya ya."
Aku hanya melirik kan senyuman sebagai tanda respon. Tangan nya menggenggam erat tangan aku.
Dalam kesamaran cahaya malam, aku melihat jam di tangan ku sudahpun menunjukkan pukul 3.30 pagi. Azmi melepaskan genggaman tangan kami dan lantas mendakap aku sambil sebelah tangannya mengawal 'steering' kereta..
Dalam dakapannya, kotak kepala aku terus melayang mengimbau saat-saat yang aku dan Azmi habiskan malam tadi di salah sebuah kelab gay di ibu kota..
Tak dapat aku gambarkan betapa seronoknya aku waktu itu. Dan itu lah kali pertama aku menogak Carlsberg. Pada mulanya aku ragu-ragu untuk minum minuman yang dikatakan 'air kencing syaitan' itu. Namun memikirkan takut RM50 yang dibayar Azmi untuk masuk ke kelab tersebut dibazirkan, aku relakan juga tekak ku dialirkan dengan minuman tersebut.

'Bammmm!!' Bunyi seakan satu letupan membuatkan aku tersentak, terasa kereta yang dinaiki aku dan Azmi berputar. Aku cuba mencengkam tempat duduk aku
dengan erat, namun apakan daya, tanganku terasa amat lemah sekali. Seluruh badan aku seperti dihiris dengan pisau dek hujanan serpihan kaca cermin-cermin tingkap kereta yg telah pecah berderai..

Bola mata aku bagai tidak keruan. Seakan-akan cahaya membutakan mataku dari setiap genap sudut- mata ku kabur.
Tanpa selang saat, aku terhumban ke hadapan. Kepalaku terhentak keras ke cermin depan kereta, 'slizzzzz' kulit kepala aku tercarik! Pedihnya bukan kepalang.Muka dan seluruh badan ku mula terasa basah seperti disimbah dengan air,
entahkan apa, mungkin darah..Muka aku terus tersembam di jalan raya. Aku cuba membuka mata ku dengan seluruh kudrat yang aku ada. Namun, nafasku mula terasa sesak tatkala aku terlihat cahaya dari hadapan-'itu lori!' aku memejamkan mata.
'Hooonnn!!' Bunyi hon makin kuat kedengaran..

                ******

Dibaca berulang-ulang kali, mata yang makin merah terurai air bagaikan kaca. Perit di mata perit lagi di lubuk hati. Rasa sebak yang tak pernah digambar atau dirasa mula mencengkam jiwa. Walau memeritkan dibacanya lagi pesanan ringkas terakhir dari arwah,

'Zul, semalam best lah juga.. dapat dua 'round', tapi sekejap sangat lah :p'

Nota Daun : Kisah ini Daun OLAH berdasarkan kisah benar.. Kisah dari kawan si arwah..
Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..
Sungguhpun Daun tidak mengenali arwah, Daun doakan kesejahteraan arwah di sana.. Daun tertarik dengan kata-kata kawan si arwah..

"Betapa aku sedar sekarang, sesungguhnya nikmat dunia ini amat SEKEJAP seperti dalam sms terakhir arwah '... tapi SEKEJAP sangat lah :p'.

Ingatlah, mati sentiasa menghampiri kita, tak kira masa, tempat, dan ketika... bila tiba ajal, tidak akan terlewat atau tercepat walau satu saat sekalipun.
"DEATH WAITS FOR NO ONE".... Bersediakah kita untuk MATI?

"Mata melihat, akal berfikir, iman tentukan"

Perlu ke purdah ??

As salam. Daun hendak kongsikan beberapa kisah tentang pemakaian purdah sebab ke mana-mana sahaja daun pergi sekarang selalu nampak perempuan yang berpurdah. Tapi sebelum itu, moh kita lihat apa itu yang dimaksudkan dengan PURDAH.

Purdah ni "direct translation" daripada perkataan arab iaitu "niqab". Senang cakap purdah ini sehelai kain yang digunakan untuk menutup sebahagian muka yakni dari bahagian hidung hinggalah ke dagu (dan ke bawah).


Ada dua kisah yang ingin Daun kongsikan bersama. Enjoy reading =)

Kisah pertama :
Perempuan ini seorang yang pendiam, dan tidak pernah sekalipun ada orang nampak beliau bertegur sapa atau bercakap dengan mana-mana lelaki walaupun kawan-kawan lelaki dalam kelas yang sama. Disingkatkan cerita, datanglah bulan yang mana sanak-saudara, cucu-cicit, anak-pinak, sahabat-handai, rakan-taulan berkumpul bersama-sama – Hari Raya Aidilfitri. Beliau jemput kawan perempuan sekelas datang beraya ke rumahnya, dah terlanjur ajak, dia ajak juga budak-budak lelaki satu kelas datang beraya sekali (kawan perempuan sebagai perantara. "Still" tak cakap dengan kawan-kawan lelaki).
Sewaktu di rumah perempuan tersebut berlaku lah suatu peristiwa yang "mengejutkan". Baik, "standard"-lah kan kalau sampai je kat rumah tu nampak ayahnya berjubah, berserban dan bercelak. Sangat tak mengejutkan. Tengoklah anak pun dah berpurdah.. masakan bapa nya berseluar pendek. Cuba bayangkan situasi ketika itu, selesai bersalaman, dihidangkan minuman dan juadah, bersembanglah kawan-kawan nya dengan bapa nya yang lengkap berpakaian seorang "muslim sejati". Entah macam mana, tiba-tiba bapanya bercakap,

“Pak Cik memang tak bagi anak Pak Cik ni cakap dengan lelaki sebab suara perempuan tu aurat!”.. semua kat situ terkedu diam tak bersuara. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Ini mengejutkan! Kawan Daun pun lantas bersuara,

“Pak Cik, minta maaf lah kalau Pak Cik rasa saya kurang ajar, tapi apa yang saya belajar kat sekolah, suara wanita itu bukan aurat selagi tidak dilenggokkan (eg. menyanyi).”
Ayah beliau macam manapun tetap bertegas anak perempuan nya itu TIDAK BOLEH bercakap dengan mana-mana lelaki.

Hal ini masing-masing berpakat untuk dibawa ke pengetahuan ustazah di sekolah. Ustazah terangkan secara panjang lebar sewaktu di dalam kelas tentang perihal suara wanita sebagai aurat. Alhamdulillah, perempuan tersebut sudah berani bersosial (bercakap dan bergaul) dengan
rakan-rakan lelaki di sekolah walaupun masih mengekalkan pemakaian purdah tersebut setelah penjernihan hal itu.

Kisah kedua :
Kisah kedua ini agak menarik sebab ia berlaku bukan pada kawan Daun, tetapi pada Daun sendiri. Beberapa hari yang lepas (29Jun2012), Daun dan rakan-rakan keluar ke sebuah pasar raya di Cheras Selatan untuk beli beberapa barang keperluan. Dipendekkan lagi cerita, di kawasan ruang solat kat pasaraya tersebut, kami terlihat seorang perempuan yang berpurdah. Lihat lirikan mata tu memang tajam. “Cantik ni perempuan ni” terdetik juga dalam hati. Lihat bajunya cantik dan labuh, sesuai dengan tudung yang dililit kemas bertepatan dengan trend tudung masakini. Terdetik lagi dalam hati, “hish, susah nak jumpa perempuan berpurdah tapi masih mementingkan trend mcm ni”. Tengok bawah lagi, cantik.. padanan kain yang sesuai dengan baju. Perempuan tersebut mengenakan skirt labuh warna gelap. Tengok lagi di bawah.

“FAILED!!” tersentak hati boboi =.=”

Kami masing-masing mata bertentangan mata, senyum tak senyum, dahi kerut tak kerut.

“Heels 3½ inci der!”

Pandangan Daun :
Purdah ni setahu Daun asal nya dari Tanah Arab. Yang mana kawasan di sana boleh dikatakan kawasan padang pasir. Al maklum lah, nama pun padang pasir, kalau kat pantai pun, bila angin bertiup terpelanting juga pasir-pasir pantai masuk ke mata. Lebih-lebih lagi di kawasan padang pasir yang panas dan berdebu. Lagilah berganda-ganda pasir yang berterbangan ni. Disebabkan itulah pada hemah Daun purdah ini terwujud. Kenapa perempuan arab sahaja berpurdah dan bukan lelaki?? (hal ni kena diteliti lagi). Mungkin pemakaian purdah yang asalnya untuk menutup debu-debu dari naik ke muka telah menjadi trend para wanita arab dan diselitkan menutup kecantikan sebagai alasan pemakaian setelah satu tempoh masa yang lama. Ikut logiknya begitulah.

Apa pula hukum pemakaian purdah?
Jika dirujuk majalah Solusi, ms 52-53, isu 44, artikel Di Sebalik Secebis Kain telah menerangkan dengan agak jelas hukum pemakaian purdah. Daun ambil sedikit info dari artikel berkenaan, ada ulama yang mewajibkan pemakaian purdah dan ada yang sebaliknya. Antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya al-Niqab li al-Mar'ah al-Muslimah bayna al-Qawi bi Bid'iyatih wa al-Qawl bi Wujubih menyatakan wajah wanita bukan aurat. Lantas pemakaian purdah bukan satu kewajiban. Namun, pemakaian purdah juga tidak salah, Sheikh Nasiruddin al-Albani rhm. Menyatakan :

“Dapat diambil kesimpulan bahawa permasalahan menutup wajah bagi seseorang wanita dengan purdah (niqab) atau yang seumpamanya seperti yang dikenankan oleh sebahagian wanita zaman
ini yang bersungguh-sungguh menjaga dirinya adalah suatu perkara yang memang terdapat dalam syariat dan termasuk amalan atau perbuatan yang terpuji walaupun ia bukanlah satu hukum yang diwajibkan (atas mereka). Kepada mereka yang mengenakannya (menutup wajah) bererti dia telah melakukan suatu kebaikan dan mereka yang tidak melakukannya pula tidaklah berdosa.” (Al-Albani, Jilbab al-Mar'ah al-Muslimah fi al-Kitab wa al-Sunnah, hlm. 128).

Bagaimana? mungkin sekarang kita sudah sedikit jelas tentang hukum pemakaian purdah ini. Tak banyak pun sedikit Alhamdulillah. Untuk penjelasan dan huraian lanjut mungkin rakan-rakan sekalian boleh bertanya kepada para ilmuan yang arif tentang hukum hakam.

Berbalik kepada persoalan awal− perlu ke purdah?
Mari teliti kisah pertama di atas. Ada segelintir ibu bapa yang terlalu risaukan anak-anak terutama anak perempuan mereka lantaran dunia sekarang yang lelakinya makin banyak yang sebuas binatang bak lelaki zaman jahiliah dahulu. Ekoran kerisauan ini, dipaksa si anak untuk berpurdah dan tidak bergaul sama sekali dengan mana-mana lelaki. Wajarkah zaman intelektual sekarang ini disuruh anak untuk tidak bersosial? TIDAK! Kasihan si anak terpaksa berlegar dalam dunia ciptaan si bapa.

Sepatutnya anak itu dididik supaya kenal hukum agama, kenal batas-batas atau had dalam sesuatu perkara. Diajar syariat Islam yang betul. Tapi macam mana pun ibu bapa itu sendiri kena belajar dahulu bab agama, sebelum nak lentur buluh dari rebung, cuba lentur diri sendiri dulu, agak-agak buluh nak patah fikirkan cara lain supaya tak patah, jika mudah pada buluh tentu lebih mudah pada rebung!

Kisah kedua ini membawa satu lagi igauan remaja perempuan kita masakini. Budaya ikut-ikutan! Nampak macam cantik, terus nak ikut. Jangan guna trademark Salih Yaakob “I Follow”.. Sepatutnya, gunakan “I think, I follow”. Fikir dulu dik,

nak pakai purdah tapi sesuai kah dgn heels?
nak pakai tudung tapi sesuai kah dengan baju fit?
nak pakai baju kurung tapi sesuai kah dengan legging?

Berfikir dulu dik. Bila berfikir itu, otak jadi sihat, badan ta kan jadi malas, yang paling penting, dapat pahala dik, Allah pun sayang.

Sepatutnya pemakaian purdah harus diperhalusi si pemakainya.
Seandainya hati itu berniat memakai purdah untuk mengingatkan diri tentang penghijrahan yang telah dilakukan. Apa salah nya berpurdah?
Seandainya rupa paras terlalu cantik berseri-seri lantas takut jadi perhatian si jejaka lalu bertekad memakai purdah kerana takut-takut iman sendiri dan iman yang melihat tergoyah. Apa salah nya berpurdah?

Pesanan Daun :
Nak berpurdah, berpurdah lah. Bagi Daun tiada halangan. Tetapi janganlah jadikan berpurdah itu satu alasan untuk tidak bersosial. Selagi mana kita tahu had bersosial, bersosial lah walau macam mana pun pemakaian yang dikenakan. Ingat, Islam itu memimpin, bukan memenjara!

p.s: teringin nak lihat wanita berpurdah berucap di khalayak ramai.

"Mata melihat, akal berfikir, iman tentukan"