I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 17 June 2011

Satu Lubang Masuk, Dua Lubang Keluar..

Satu lubang masuk, dua lubang keluar itulah seluar dalam!
Inilah seluar dalam..

Ini pun seluar dalam tapi yang ini orang panggil 'boxer'
Macam-macam jenis seluar dalam ada tapi korang perasan tak semua ada satu lubang masuk dan dua lubang keluar..?

Seluar dalam amat sinonim dengan seluruh umat manusia..kau,aku,mak,ayah,datuk,nenek,Dato',Dato' Seri,Dr.,Prof. Madya,Prof.,Ustaz,Ustazah,
Ir,Ar, dan Cikgu semuanya tak pernah terlepas daripada memakai seluar dalam..

Sekarang ini, Daun lihat kita semua kebanyakannya bukan hanya memakai seluar dalam sahaja tetapi masing-masing sudah jadi seperti seluar dalam..
Apa rasionalnya?
Manusia diciptakan ada dua mata, dua telinga dan satu mulut..
Tetapi ramai yang tidak ambil endah tentang sebab di sebalik ciptaan Maha Pencipta ini..
Dijadikan sehingga dua telinga dan dua mata adalah untuk kita perbanyakkan mendengar dan melihat..
Kita memerlukan kedua-dua indera ini untuk membuat pemerhatian(observation) dengan lebih jelas..
Satu mulut supaya kita semua tidak bercakap lebih daripada yg sepatutnya..

Sekarang ni,  banyak yang dengarnya tak banyak tetapi bila
bercerita, mak ai.. 'havoc' kata orang..Itu apa yang terjadi pada masyarakat Malaysia, terutamanya mereka yang sebangsa dengan Daun.

Bagi Daun, alangkah matangya sesebuah masyarakat itu jika banyaknya yang berjaya mengawal semua panca indera ini dengan baik.
Sebagai contoh Daun ambil isu Dato' Seri Anwar Ibrahim dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari. Daun pernah dahulu bertekak sedikit dengan Mak Cik Daun
tentang isu ni.. Bukanlah Daun menafikan bukan juga mengiakan kesahihan isu ini.. Kebenarannya nya masih lagi belum jelas dan masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah.
Sedangkan pihak mahkamah belum berani mengatakan Anwar benar-benar bersalah, kenapa kita sebagai rakyat yg di luar ini tidak teragak-agak, berani menuduh siapa yang bersalah?
Daun bertanyakan pada Mak Cik Daun..
"Pernah atau tidak Mak Cik baca isu ini di layar internet?"
"Pernahkah Mak Cik dengar apa-apa respon daripada yang tertuduh?"
"Mak Cik hanya membaca daripada surat khabar yang beratnya terhadap kerajaan sahajakah? kenapa tidak dibaca dari kedua-dua pihak Kerajaan dan Pembangkang?"
"Bagaimana Mak Cik boleh letak hukuman tanpa melihat dan mendengar daripada kedua-dua pihak?"
Mak Cik Daun terdiam..
...terus terdiam
Daun pun tak bercakap banyak lepas tu, biar dia sendiri fikirkan apa yang Daun perkatakan tadi :))

Jadilah kita insan yang banyaknya melihat..
lihat itu lihat ini
dan mendengar
apa diaa??????
dan kurangnya bercakap apabila tiada kepastian.. 
Jangan jadi seperti seluar dalam, satu lubang masuk, dua lubang keluar!

"Mata melihat, akal berfikir, iman tentukan"

8 comments:

  1. haha.. sgt setuju ngn pernyataan tu.. mmg xbley beri apa2 komen klu kita sndri xtau kebenarannya.. btw, apa kena mengena masuk satu keluar dua dgn kenyataan tu.. blurrr.. hahah..

    ReplyDelete
  2. Thanks to you Izwan :)
    im so glad u think so as this is my very second entry..still new for that 'good' word.. thanks again nyway :))

    ReplyDelete
  3. Aiman.. lubang masuk tu Daun maksudkan sebagai input dan lubang keluar tu sebenarnya ialah output.. satu lubang masuk tu maksudnya input yg seseorang dapat tu sedikit n dua lubang keluar tu diandaikan mulut kita yg menyebarkan maklumat yg lebih daripada input yg kita dapat pd awalnya.. kiranya mcm peribahasa 'ayam bertelur riuh sekampung' lah.. faham tak sekarang ? cebaca semula entri ni mungkin akan lebih jelas bila dibaca berulang kali .. :0

    ReplyDelete
  4. teroskan berblog dan teruskan berdakwah.. ko punyer pendapat sndiri yg kdg2 aku pun tak terfkir nk kemukaan. tapi jgn smpai leka dan pastikan tidak terlalu menyentuh sensitiviti rakyat. takut ko dikecam jer sebab nk keluarkan pendapat.

    gud luck!!! lagu kat blog memang best.

    ReplyDelete
  5. thanks mazni :)
    appreciate ur advice..

    ReplyDelete
  6. 0wh, skg aku fhm mksud spender tu.. input dan output.. ko kreatif.. sgt bley pegi jauh.. stuju ngn mazni, mgkin perlu lebih berhati2.. sbb ade penceritaan mengenai berat media dlm entri kali ni.. but, it is ok for ver 2nd entry from u.. gud luck n jdikn ini ruang berdakwah..

    ReplyDelete
  7. Skadar nasihat.. Kalau boleh kurangkan atau jgn gna gambar yg tidak mnutup aurat.. Mgkin mnambahkan dosa..

    ReplyDelete