I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 4 July 2012

Perlu ke purdah ??

As salam. Daun hendak kongsikan beberapa kisah tentang pemakaian purdah sebab ke mana-mana sahaja daun pergi sekarang selalu nampak perempuan yang berpurdah. Tapi sebelum itu, moh kita lihat apa itu yang dimaksudkan dengan PURDAH.

Purdah ni "direct translation" daripada perkataan arab iaitu "niqab". Senang cakap purdah ini sehelai kain yang digunakan untuk menutup sebahagian muka yakni dari bahagian hidung hinggalah ke dagu (dan ke bawah).


Ada dua kisah yang ingin Daun kongsikan bersama. Enjoy reading =)

Kisah pertama :
Perempuan ini seorang yang pendiam, dan tidak pernah sekalipun ada orang nampak beliau bertegur sapa atau bercakap dengan mana-mana lelaki walaupun kawan-kawan lelaki dalam kelas yang sama. Disingkatkan cerita, datanglah bulan yang mana sanak-saudara, cucu-cicit, anak-pinak, sahabat-handai, rakan-taulan berkumpul bersama-sama – Hari Raya Aidilfitri. Beliau jemput kawan perempuan sekelas datang beraya ke rumahnya, dah terlanjur ajak, dia ajak juga budak-budak lelaki satu kelas datang beraya sekali (kawan perempuan sebagai perantara. "Still" tak cakap dengan kawan-kawan lelaki).
Sewaktu di rumah perempuan tersebut berlaku lah suatu peristiwa yang "mengejutkan". Baik, "standard"-lah kan kalau sampai je kat rumah tu nampak ayahnya berjubah, berserban dan bercelak. Sangat tak mengejutkan. Tengoklah anak pun dah berpurdah.. masakan bapa nya berseluar pendek. Cuba bayangkan situasi ketika itu, selesai bersalaman, dihidangkan minuman dan juadah, bersembanglah kawan-kawan nya dengan bapa nya yang lengkap berpakaian seorang "muslim sejati". Entah macam mana, tiba-tiba bapanya bercakap,

“Pak Cik memang tak bagi anak Pak Cik ni cakap dengan lelaki sebab suara perempuan tu aurat!”.. semua kat situ terkedu diam tak bersuara. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Ini mengejutkan! Kawan Daun pun lantas bersuara,

“Pak Cik, minta maaf lah kalau Pak Cik rasa saya kurang ajar, tapi apa yang saya belajar kat sekolah, suara wanita itu bukan aurat selagi tidak dilenggokkan (eg. menyanyi).”
Ayah beliau macam manapun tetap bertegas anak perempuan nya itu TIDAK BOLEH bercakap dengan mana-mana lelaki.

Hal ini masing-masing berpakat untuk dibawa ke pengetahuan ustazah di sekolah. Ustazah terangkan secara panjang lebar sewaktu di dalam kelas tentang perihal suara wanita sebagai aurat. Alhamdulillah, perempuan tersebut sudah berani bersosial (bercakap dan bergaul) dengan
rakan-rakan lelaki di sekolah walaupun masih mengekalkan pemakaian purdah tersebut setelah penjernihan hal itu.

Kisah kedua :
Kisah kedua ini agak menarik sebab ia berlaku bukan pada kawan Daun, tetapi pada Daun sendiri. Beberapa hari yang lepas (29Jun2012), Daun dan rakan-rakan keluar ke sebuah pasar raya di Cheras Selatan untuk beli beberapa barang keperluan. Dipendekkan lagi cerita, di kawasan ruang solat kat pasaraya tersebut, kami terlihat seorang perempuan yang berpurdah. Lihat lirikan mata tu memang tajam. “Cantik ni perempuan ni” terdetik juga dalam hati. Lihat bajunya cantik dan labuh, sesuai dengan tudung yang dililit kemas bertepatan dengan trend tudung masakini. Terdetik lagi dalam hati, “hish, susah nak jumpa perempuan berpurdah tapi masih mementingkan trend mcm ni”. Tengok bawah lagi, cantik.. padanan kain yang sesuai dengan baju. Perempuan tersebut mengenakan skirt labuh warna gelap. Tengok lagi di bawah.

“FAILED!!” tersentak hati boboi =.=”

Kami masing-masing mata bertentangan mata, senyum tak senyum, dahi kerut tak kerut.

“Heels 3½ inci der!”

Pandangan Daun :
Purdah ni setahu Daun asal nya dari Tanah Arab. Yang mana kawasan di sana boleh dikatakan kawasan padang pasir. Al maklum lah, nama pun padang pasir, kalau kat pantai pun, bila angin bertiup terpelanting juga pasir-pasir pantai masuk ke mata. Lebih-lebih lagi di kawasan padang pasir yang panas dan berdebu. Lagilah berganda-ganda pasir yang berterbangan ni. Disebabkan itulah pada hemah Daun purdah ini terwujud. Kenapa perempuan arab sahaja berpurdah dan bukan lelaki?? (hal ni kena diteliti lagi). Mungkin pemakaian purdah yang asalnya untuk menutup debu-debu dari naik ke muka telah menjadi trend para wanita arab dan diselitkan menutup kecantikan sebagai alasan pemakaian setelah satu tempoh masa yang lama. Ikut logiknya begitulah.

Apa pula hukum pemakaian purdah?
Jika dirujuk majalah Solusi, ms 52-53, isu 44, artikel Di Sebalik Secebis Kain telah menerangkan dengan agak jelas hukum pemakaian purdah. Daun ambil sedikit info dari artikel berkenaan, ada ulama yang mewajibkan pemakaian purdah dan ada yang sebaliknya. Antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya al-Niqab li al-Mar'ah al-Muslimah bayna al-Qawi bi Bid'iyatih wa al-Qawl bi Wujubih menyatakan wajah wanita bukan aurat. Lantas pemakaian purdah bukan satu kewajiban. Namun, pemakaian purdah juga tidak salah, Sheikh Nasiruddin al-Albani rhm. Menyatakan :

“Dapat diambil kesimpulan bahawa permasalahan menutup wajah bagi seseorang wanita dengan purdah (niqab) atau yang seumpamanya seperti yang dikenankan oleh sebahagian wanita zaman
ini yang bersungguh-sungguh menjaga dirinya adalah suatu perkara yang memang terdapat dalam syariat dan termasuk amalan atau perbuatan yang terpuji walaupun ia bukanlah satu hukum yang diwajibkan (atas mereka). Kepada mereka yang mengenakannya (menutup wajah) bererti dia telah melakukan suatu kebaikan dan mereka yang tidak melakukannya pula tidaklah berdosa.” (Al-Albani, Jilbab al-Mar'ah al-Muslimah fi al-Kitab wa al-Sunnah, hlm. 128).

Bagaimana? mungkin sekarang kita sudah sedikit jelas tentang hukum pemakaian purdah ini. Tak banyak pun sedikit Alhamdulillah. Untuk penjelasan dan huraian lanjut mungkin rakan-rakan sekalian boleh bertanya kepada para ilmuan yang arif tentang hukum hakam.

Berbalik kepada persoalan awal− perlu ke purdah?
Mari teliti kisah pertama di atas. Ada segelintir ibu bapa yang terlalu risaukan anak-anak terutama anak perempuan mereka lantaran dunia sekarang yang lelakinya makin banyak yang sebuas binatang bak lelaki zaman jahiliah dahulu. Ekoran kerisauan ini, dipaksa si anak untuk berpurdah dan tidak bergaul sama sekali dengan mana-mana lelaki. Wajarkah zaman intelektual sekarang ini disuruh anak untuk tidak bersosial? TIDAK! Kasihan si anak terpaksa berlegar dalam dunia ciptaan si bapa.

Sepatutnya anak itu dididik supaya kenal hukum agama, kenal batas-batas atau had dalam sesuatu perkara. Diajar syariat Islam yang betul. Tapi macam mana pun ibu bapa itu sendiri kena belajar dahulu bab agama, sebelum nak lentur buluh dari rebung, cuba lentur diri sendiri dulu, agak-agak buluh nak patah fikirkan cara lain supaya tak patah, jika mudah pada buluh tentu lebih mudah pada rebung!

Kisah kedua ini membawa satu lagi igauan remaja perempuan kita masakini. Budaya ikut-ikutan! Nampak macam cantik, terus nak ikut. Jangan guna trademark Salih Yaakob “I Follow”.. Sepatutnya, gunakan “I think, I follow”. Fikir dulu dik,

nak pakai purdah tapi sesuai kah dgn heels?
nak pakai tudung tapi sesuai kah dengan baju fit?
nak pakai baju kurung tapi sesuai kah dengan legging?

Berfikir dulu dik. Bila berfikir itu, otak jadi sihat, badan ta kan jadi malas, yang paling penting, dapat pahala dik, Allah pun sayang.

Sepatutnya pemakaian purdah harus diperhalusi si pemakainya.
Seandainya hati itu berniat memakai purdah untuk mengingatkan diri tentang penghijrahan yang telah dilakukan. Apa salah nya berpurdah?
Seandainya rupa paras terlalu cantik berseri-seri lantas takut jadi perhatian si jejaka lalu bertekad memakai purdah kerana takut-takut iman sendiri dan iman yang melihat tergoyah. Apa salah nya berpurdah?

Pesanan Daun :
Nak berpurdah, berpurdah lah. Bagi Daun tiada halangan. Tetapi janganlah jadikan berpurdah itu satu alasan untuk tidak bersosial. Selagi mana kita tahu had bersosial, bersosial lah walau macam mana pun pemakaian yang dikenakan. Ingat, Islam itu memimpin, bukan memenjara!

p.s: teringin nak lihat wanita berpurdah berucap di khalayak ramai.

"Mata melihat, akal berfikir, iman tentukan"

3 comments:

  1. Please put the translator on your blog, really want to read it;)

    ReplyDelete
  2. how to put the translator? teach me if u don't mind

    ReplyDelete