I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, 2 July 2011

"...Sebab kita ni kan BINATANG"

Hari itu Daun ada ternampak dua ekor kucing ni,
seekor Ibu bunting,
dan seekor lagi anak nya barang kali.

Daun perhatikan mereka berdua, tertanya-tanya tentang apa yang mereka bualkan.. Daun cuba amati apa yang mereka tuturkan..

Anak kucing : Mama, siapa bapa Kitty?

Mak kucing : Mama tak pastilah sayang, sebab mama banyak suami. Tom, Belang, Pussy, Putih, Tompok, Comel,... err banyak sangatlah sayang.

Anak kucing : Kitty ni anak luar nikah ke mama?

Mak kucing : Tidak sayang. Bagi kaum-kaum binatang, tak ada istilah anak luar nikah.. Lagipun kita ni kan kucing, nak 'main' sepuluh jantan serentak pun tiada masalah sayang..Sebab kita ni binatang..

Anak kucing : Ohh.. Mama-mama, kenapa dengan monyet tu? Terlompat-lompat, terjerit-jerit. Tak ada adab langsunglah mama. Malu Kitty tengok.

Mak kucing : Sayang, bagi kaum-kaum binatang, tak ada istilah adab.. Lagipun mereka tu kan monyet, biasalah tu bila tak dapat apa-apa yang mereka nak kan, itu lah yang mereka buat..Terjerit-jerit nak kan perhatian. Ada tu pulak jenis mereka yang tepuk-tepuk dada bila tak puas hati atau marah. Baru-baru ni, mereka masuk surat khabar The Star ruangan 'comics' (pg.23 by C.W Kee on Tuesday, June 28,2011)..'scene' pertamanya, mak monyet cakap kepada anak monyet "tengok dan belajar"("Watch and learn") sambil memerhati seorang lelaki meragut beg tangan seorang perempuan, dan 'scene' yang keduanya, anak monyet tu pula yang menyambar makanan seorang 'tourist' yang lalu di situ, sama seperti yang diperhatikan nya waktu scene pertama tadi.Tapi macam mana pun, semua tu tak salah sebab kita ni kan binatang..

Anak kucing : Eee.. cepat monyet tu belajar dari manusia kan mama.. Terbaik sangat manusia kerana mampu mengajar monyet bagaimana untuk berkelakuan sebagai seekor binatang. Eh mama, kenapa katak tak habis-habis 'ong kedek-kedek ong kedek-kedek' bila sebelum dan selepas hujan?

Mak kucing : Ha, itu lah Kitty kena belajar dengan katak ni.. Mereka sentiasa bertasbih memuji Penciptanya kerana diturunkan hujan kepada mereka..kan katak memerlukan udara atau persekitaran yang lembab untuk hidup. Mereka nampak mulia kan Kitty? Tapi macam mana pun, mereka tetap binatang..

Anak kucing : Kenapa mama cakap "..mereka tetap binatang"? macam lah binatang ni teruk sangat! huh, ni nak marah ni..Tengok macam kita kucing, walaupun mama tak tahu Kitty ni entah berbapakan jantan mana sekalipun, Mama tetap jaga Kitty, biarpun Kitty dilahirkan di tepi jalan, atau kawan-kawan Kitty yang dilahirkan dalam semak, belakang almari baju, dalam tandas mahupun dalam longkang, semuanya masih lagi disusukan oleh mama-mama meraka. Kitty sayang mama! Binatang ni tak lah seteruk mana mama..Cuba tengok pula harimau, biarpun ibu bapa mereka garang dan bengis macam mana pun, mereka tetap sayangkan anak mereka, siap susukan, bermain, dan melindung lagi anak mereka..

Mak kucing : Bukan apa sayang, mama selalu dengar manusia bercakap, "kau ni binatang lah!" bila bergaduh atau melihat perkara-perkara jahat yang mereka lakukan..Mereka anggap kita ni binatang sebagai simbol ketidak tamadunan manusia.

Anak kucing : Mama, tengok tu. Kenapa mereka ikat kambing tu? Kesian kat kambing tu.. Apalah agaknya perasaan kambing tu ya mama..

Mak kucing : Sayang, bagi kaum-kaum binatang, kambing ni lah yang paling bodoh.. sama macam lembu. Itu yang asyik kena ikat dengan manusia..Kalau Kitty nak tahu, mama dulu pernah ada kawan seekor kambing ..Kawan kambing mama ni cakap, "kami akui kami memang bodoh, tapi kau kucing fikirlah sendiri kalau ada yang ikut bodoh mcm aku, siapa lagi bodoh? aku ke atau yang ikut aku tu?" Dia kata macam tu bila kami bincang tentang makhluk Tuhan paling bodoh. Ter Meow-meow  mama tergelak..Siapalah agak nya yang mahu ikut hidup seperti kambing itu..Hidup yang membuta tuli bergantung penuh pada tuan pemerintah nya sahaja.. Tuan dia letak kat mana-mana pun, dikerjanya juga.. Itu lah yang bodohnya kambing ni. Dia tak siasat dulu samada rumput yg tuan dia suruh makan tu beracun ke tidak, berkualiti atau tidak.. membodoh je ikut kata tuan dia..Memang jenis yang tak ada pendirian dan tak berani melakukan tindakan..Tapi namapun kambing.. biasalah tu, binatang...

Anak Kucing : Oh yeka.. em, bagaimana pula dengan Keldai mama? Sebab mereka kerja angkut barang je dari zaman dulu.

Mak kucing : Keldai bukan lah sebodoh kambing sayang.. Sebab sekurang-kurangnya manusia kenang jasa keldai dan amat mengagumi kekuatan keldai yang mampu mengangkat bertan-tan beban yang secara jelasnya lebih berat dari badan mereka sendiri.

Anak kucing : Betul tu, tapi kan mama hari itu Kitty ada terdengar manusia cakap "Sedangkan cacing dalam tanah pun dapat hidup..." err.. Apa maksud mereka ni sebenarnya mama?

Mak kucing : Oh, itu sebenarnya sebab mereka kagum dengan cacing. Sebabnya cacing dapat hidup dalam tanah tapi mereka manusia hanya tinggal di tanah bila mereka dah mati.
Tapi itulah, cacing memang binatang yang hidup nya dalam tanah, manusia hidup di atas tanah. Sebenarnya kat mana-mana hidup pun boleh janji ada usaha.. Ini tak, bila ada masalah sikit je nak beza-beza kan diri mereka dengan kita binatang,tapi yang mama selalu ketawa ter meow-meow ni sebab sekarang ni mama selalu dengar manusia disamakan dengan binatang. Kembang kempis hidung mama, bangga! haha

Anak kucing : Haish, mama ni.. riak!

Mak kucing : Sayang, mana ada istilah riak dalam kaum-kaum binatang ni. Mama tengok sayang mama ni dah terikut sangat cara hidup manusia tu. Bukan bagus pun manusia tu Kitty.Kalau dulu mungkin manusia lebih mulia daripada kita tetapi sekarang ni manusia lebih hina daripada kita yang binatang ni sayang.

Anak kucing : Tapi macam mana pun mereka tetap Khalifah kat dunia ni mama..Oh mama lagi satu, hari itu Kitty nampak Pak Cik Tom 'bantai' punggung Abang Pussy.. Ewww.. Jijik sangat Kitty tengok..Itu kali pertama Kitty tengok jantan main dengan jantan.

Mak Kucing : Tidak sayang, bagi kaum-kaum binatang, tak ada istilah jijik.. lagipun memang sesetengah kucing jantan perangai macam itu. Memang tak jadi masalah sayang..Sebab Kita ni kan binatang...

Daun hanya mampu tersenyum terdengarkan bicara anak-beranak kucing ini. Teramat malu manusia dihina sebegitu rupa oleh mereka yang bergelar binatang... Adakah kita layak bergelar Khalifah Allah?

"Mata melihat, akal berfikir, iman tentukan"

8 comments:

  1. Hmmm, tu la pasal.. x segan buat depan orang lain, depan kitty dengan mamanya pun dorg nak buat bnde x senonoh... hahahah.. btw, kucing jantan pn ade main ngn kucing jantan ke? susah nk percaya..

    ReplyDelete
  2. yup.. aku nampak sendiri depan mata aku.. my late kitten kena belasah dgn bpk kucing sebelah rumah.. aku pon terkejut gak pada mulanya :p
    mmg susah kan nak percaya?

    ReplyDelete
  3. Cantik Garapan Yang Daun Buat... BTW.. memang adew Homosexual practice in Animal... :) so x hairan la..

    ReplyDelete
  4. wow! pandai encik daun karang cerita neh...so nice n brilliant! manusia dan binatang,suka baca, keep a good work like this tauw! mcm nak share kat fb, tp dh terpost dh kat wall i...heehhe

    ReplyDelete
  5. terima kasih wonderwiess dan Qin2..
    i'Allah selagi diberi kesempatan akan ada lagi entri baru.. share je.. harap2 bila ramai baca terbuka minda n dpt trigger cara pemikiran anak2 muda zaman sekarang supaya lebih broaden dan di luar kerangka kebiasaan.. i'Allah :)

    ReplyDelete
  6. Yes.. I like cara Pemikiran u.. :) Tulis banyak2 k.. :)

    ReplyDelete