I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday 12 November 2011

Do You Want RM10k?



Daun baru sahaja selesai menghadiri suatu seminar kerjaya di universiti tempatan tempat Daun belajar. Penceramah nya dari salah sebuah syarikat gas dan minyak yang ada di Malaysia. Daun tertarik dengan penampilan nya yang ‘humble’ dan pakaian yang dipakai beliau. Beliau hanya mengenakan jubah dan tudung labuh. Terus Daun katakan pada rakan di sebelah “I didn’t expect to see our speaker like this.” Hati kecil Daun tertanya kagum. Bagaimana dia seorang yang sangat berkerjaya dapat mengekalkan imej seorang muslimah yang cukup indah walaupun berkerja dengan syarikat yang begitu gah di industri Gas dan Petroleum? KUALITI. Daun yakin kualiti yang ada pada beliau membuatkan orang mengangkat beliau sebagai seorang yang penting dalam industri tersebut.

Daun tertarik terhadap soalan pertama yang ditanya beliau.Ini soalannya:
Do you want RM10k and above? (anda mahu RM10k dan ke atas?)
Do you want RM10k and below? (anda mahu RM10k dan ke bawah?)

Daun hanya tersenyum apabila boleh dikatakan majoriti pelajar di dalam dewan tersebut mengangkat tangan sambil tersenyum tersipu-sipu apabila diajukan soalan-soalan di atas.
Daun terfikir. Ada apa dengan 10k? kenapa ramai sangat yang teruja dengan 10k ini?
Mungkin apa yang cuba beliau sampai kan, beliau ingin kami semua pelajar menjadikan 10k itu sebagai motivasi untuk kami semua belajar bersungguh-sungguh untuk dapatkan kerja yang menawarkan gaji yang lumayan sebesar 10k?.. 
kejap! kat situ Daun sedikit tidak bersependapat. Memang tidak dinafikan duit itu sangat penting pada zaman sekarang. Walhal Daun yakin dari era dahulu hingga kini duit itu adalah menjadi kayu ukur kekayaan dan kejayaan sesorang. Kau gaji besar, Kau ada duit, Kau kaya, Kau aku sanjung. Itu lumrah hidup dari dahulu sampai sekarang. Cuma untuk jadikan duit sebagai motivasi. Daun tidak setuju.

Di pertengahan penyampaian beliau, beliau telah ajukan satu soalan yang sememangnya membuat Daun tak senang duduk. Beliau mengatakan setelah kurang lebih 30 tahun kita berada di industri gas dan minyak, kita tidak ada atau kekurangan ekspertis dlm hal-hal berkaitan industri ini atau lebih tepat seperti apa yang disebut sewaktu seminar tersebut, ahli kimia. Mengapa hal ini terjadi?

Jawapan yang diberi salah seorang pensyarah sewaktu seminar tersebut :
Hal ini kerana kebanyakan graduan yang pakar dalam bidang tertentu lebih berminat untuk berkerja di negara luar. Dan itu menyebabkan kita tiada ekspertis.

Ini pula pandangan Daun:
Daun yakin, Daun dan semua yang berada di dalam dewan tersebut sudah sedia maklum ekspertis yang kita hasilkan banyak yang ‘lari’ ke luar negara untuk berkerja. Jawapan itu memang menjawab soalan yang diajukan. TETAPI, bertanya pula, kenapa mereka lari berkerja ke luar negara sedangkan negara kita amat memerlukan mereka?TENTU akan kita katakan “… kerana gaji yang ditawarkan di luar Negara lebih tinggi”. JADI, Mengapa kita persoalkan ekspertis yang lari dari berkhidmat di sini sedangkan sudah ditanam dalam diri mereka untuk menuntut ilmu, belajar di universiti, dapatkan CGPA yang tinggi dengan tunjuan mendapatkan perkerjaan yang menawarkan gaji tinggi seperti 10k sejak mereka di universiti malah sejak di bangku sekolah lagi? Itu menjawab kenapa Daun tidak bersetuju duit dijadikan sebagai motivasi dan soalan pertama yang diajukan dalam seminar kerjaya ini.

Duit duit duit. Disebabkan kita mengejar 10k itu negara kita tak maju-maju. Buktinya? Banyak ekspertis dalam Negara lari bekerja di luar kerana DUIT, kerana mereka mengejar `above 10k’.

Daun sendiri tidak faham, kenapa kita semua begitu teruja dengan 10k tersebut. Walhal kerjaya sepatutnya dikayakan dengan ilmu yang kita ada, yang kita belajar di universiti, di sekolah, dan di taska. Bukannya mengkayakan kerjaya dengan 10k yang dicanangkan sehingga membuatkan kita semua hilang perasaan cinta pada ilmu itu .Sebagai contoh, Daun rasakan kita tidak perlu pandang terlalu jauh pada mereka yang sudah bergraduat, tapi lihat sahaja mereka yang masih di universiti ini, sebagai seorang mahasiswa, bagaimana asas satu-satu bidang yang kita ceburi masih lagi tidak dapat dikuasai? walhal asas-asas ilmu yang kita guna pakai di universiti merupakan apa yang kita menelaah di bangku sekolah dahulu? Tadika 2tahun, sekolah rendah 6tahun, sekolah menengah 5tahun. Selama 13tahun kita belajar asas-asas ilmu yang ada di dunia ni. Kenapa masih ramai mahasiswa  yang Daun perhatikan tidak dapat mempraktik kan asas-asas ini apabila di universiti? Mari kita imbas kembali zaman sekolah, apabila diberitahu topik-topik yang akan keluar dalam peperiksaan, pasti kita akan bertungkus lumus memahami, menghafal dan segala macam terhadap topik-topik tersebut. Nah! Tahniah anda dapat A, tahniah markah anda yang paling tinggi! Namun bila ditanya soalan yang sama seminggu selepas peperikasaan tersebut, jawapannya “Tak ingatlah”, “entahlah aku ta faham pun,so aku hafal je hari tu” … jadi apa sebenarnya tujuan kita ke sekolah? Apa tujuan kita belajar? Dipaksa orang tua supaya bersekolah?

Soalan Daun kepada anda, BAGAIMANA PERASAAN CINTA PADA ILMU BOLEH HILANG?

Ini pandangan Daun:
Sistem pelajaran kita dengan lambakan peperiksaan itulah yang membuatkan kita hilang rasa cinta pada ilmu. Kita terkejar-kejar dengan kedudukan tempat pertama dalam kelas di bangku sekolah rendah, inginkan A dalam semua subjek yang diambil untuk peperiksaan PMR dan SPM apabila di sekolah menengah. Akibat kita sudah terbiasa dengan sistem yang membunuh kita secara perlahan inilah membuatkan kita lupa untuk benar-benar mamahami dan mendalami satu-satu subjek itu dengan sebenar-benar faham. Sistem yang kita guna pakai sejak sekian lama membuat kan kita tidak terfikir kehebatan dan nilai asas-asas ilmu yang kita belajar di zaman persekolahan dengan aplikasi seharian. Kita sibuk mengejar gred sehingga terlupa untuk ber`cinta’ dengan ilmu. Natijahnya, bila dah mampu kaki melangkah ke universiti, terpaksa pula belajar semula dan semula dan semula asas-asas yang kita telah pelajari selama belasan tahun.


"Mata melihat, akal berfikir, iman tentukan"

2 comments: