Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih lagi di takuk lama.
Kita sudah pun merdeka 54 tahun dan bakal menyambut ulang tahun Hari
Kemerdekaan yang ke 55. Masih, masih di takuk lama yang kira-kira masih berada
di sekitar pasca kemerdekaan. Oh, atau mungkin lebih teruk?
“Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh hari mulia negaraku merdeka”
Apa lah ertinya merdeka andai pemikiran, cara hidup dan
pelaksanaan ketenteraan masih dibayangi sistem kuno? Ya, SISTEM KUNO.
Pernah pergi camping
under askar? Haha, tak payah cerita semua pun tahu betapa lancangnya mulut
pegawai-pegawai askar yang bertugas. ‘Babi’, ‘anak haram’, ‘bodoh’, ‘bangang’, ‘haram
jadah’, ‘sial’, dan segala macam perkataan kasar keluar dari mulut mereka. Ya,
konon nya, askar mesti berperwatakan sedemikian, mean, rude. Kononnya juga itulah definisi tough. Err, atau memang itupun definisi askar?
Itu waktu di zaman sekolah, bila masuk U, berkenalan pula
dengan PALAPES atau ROTU. Alah, sama je group
ni dengan askar, cuma yang ni bawah sikit dari askar sebab yang ini askar
simpanan. Pun sama dengan perihal waktu di zaman sekolah, pak-pak askar ni
boleh kata memang terlatih dengan kata-kata kesat yang bagi Daun
sssssssssaaaaannngggaatttt annoying
dan merendah kan martabat seorang askar.
Ada pernah Daun tanyakan seorang sahabat Daun yang merupakan
salah seorang ahli PALAPES. “kau tak kisah kena maki hamun setiap kali
latihan?”. Tahu apa jawapan dia? Biar Daun simpulkan dengan kata-kata pujangga
Melayu. ALAH BISA TEGAL BIASA!
Alamak, sampai dah terbiasa kena maki hamun. Bukan kah
setiap kata-kata itu satu doa? Bukankah Islam telah mengajar kita untuk ucapkan
perkataan yang baik-baik dan panggil seseorang dengan nama yang baik-baik?
Memang tak dinafikan mungkin sembahyang telah diutamakan
dalam ketenteraan kita (Daun tak pasti) tapi adakah Islam itu hanya solat lima
waktu?
Apakah yang utama dalam ketenteraan kita, BERJUANG DEMI
AGAMA DAN *BANGSA ATAU BERJUANG DEMI *BANGSA DAN AGAMA?
(*bangsa di sini membawa pengertian bangsa Malaysia seperti
yang dicanangkan di dalam buku teks sejarah tingkatan 5 bab Negara Bangsa)
Ini yang sepatutnya dititik beratkan dalam ketenteraan kita.
Andai demi agama, agama mesti didahulukan, namun sehingga kini, nampak nya
seperti agama menjadi wadah keterbelakang. Iyalah. Masakan boleh keluar
skandal-skandal busuk dalam ketenteraan sekiranya Islam itu didahulukan. Iya,
media telah pun menutup kes-kes besar yang melibatkan orang-orang besar. Dan
sememangnya ketenteraan di Malaysia makin hari makin tercalar imejnya. Yang
besar banyak main bawah meja. Yang kecil, pun satu kes.
Pernah dengar kes budak askar (freshman) kena torture
dengan senior sampai kena minum air
kencing budak-budak senior, diperlaku
seperti anjing? Dan sampai lembik budak tu kena belasah.. pernah dengar?
Kes yang paling mutakhir, yang berlaku alahai dekat sangat
dengan rumah Daun. Kes budak askar juga kena belasah sampai MATI oleh
pegawai-pegawai atasan di kem tentera Sungai Besi sebab tak tabik hormat kat
pegawai atasan, walhal askar yang kena belasah tu tak tahu pun orang tu pegawai
atasan. Ada dengar? Kes ni baru lagi, baru beberapa hari lepas.
Nampak kah di mana Islam dalam ketenteraan??? Entah di mana
tempat di belakang.
Bila ditanyakan kepada mereka yang fanatik dengan askar,
atau pegawai-pegawai tinggi askar yang dah pencen atau masih bertugas dengan
isu-isu ini, apa yang mereka selalu katakan?
“Dah namapun askar, biasalah tu kena ragging sikit2, kena buli. Kalau baru kena suruh minum air kencing pun tak tahan and nak kecoh satu Malaysia, baik tak payah join askar. Macam mana kalau kena tangkap dengan musuh then kena paksa bagitahu hal-hal sulit ketenteraan kita? Kalau setakat kena minum air kencing yang baru sikit tu pun dah lembik macam mana nak tahan kena seksa yang lebih hebat dari pihak musuh?”
Oh, nak kuatkan diri dari diseksa, kena rasa seksaan dari
kawan-kawan dulu. Kiranya kalau seksaan jenis yang duduk atas kerusi besi then kena alir elektrik, so semua askar kita kena biasakan diri
kena renjatan elektrik dulu lah??
Agak-agak kena tahan dengan musuh yang askar-askar semua
jenis gay, so askar-askar kita kena
hadap punggung dengan member-member askar yang lain dulu supaya tahan kena
seksa ‘di fuck’ askar-askar musuh
bila kena tangkap nanti lah??
Seorang doktor, sebelum bedah orang tengok darah orang lain,
kena tengok darah diri sendiri dulu? Barulah tak takut tengok darah. So sebagai preparation nak tengok
darah orang lain terpancut-pancut, doktor kena tetak tangan masin-masing dan
tengok darah terpancut keluar dari tangan masing-masing dulu lah??
Daun terfikir adakah tentera raja al-Fatih yang berjaya menakluk
kota Constantinople dari jajahan Kristian begitu juga? Haha, sudah pasti tidak.
Mereka merupakan askar terbaik dari pemimpin terbaik menurut Rasulullah SAW.
Tentu tidak ada maki hamun yang kononnya nak tunjuk ganas, mean, rude tadi. Tentu juga tak ada istilah buli dan torture. Jadi, apahal askar-askar kita
terbalik?
Jawapan Daun mudah, andai tentera al-Fatih dan tentera
Salahuddin al-Ayubi kuat kerana kuatnya keislaman pada mereka, tentu tentera
kita lemah kerana lemahnya keislaman pada tentera-tentera kita.
Merokok itu sudah difatwakan haram. Tahu kan?
Tapi pernah
kah walau sekali korang nampak lelaki askar yang bibir nya merah bak delima.
Pernah? Kalau pernah, syukur Alhamdulillah. Dah 22 tahun Daun hidup, dan sampai
sekarang Daun tak pernah nampak askar lelaki bibir merah. Semua pun hitam
kelat. Iya, semua hitam kelat dek lantaran rokok peneman diri.
Alahai si askar, diri sendiri pun tak dapat nak jaga macam mana nak jaga rakyat Malaysia dan berkhidmat demi Negara? Takut lah.. takut belum sempat pergi berjuang dah penuh kat IJN sebab jantung berlubang!
Dari dulu sampai sekarang, teknologi dah makin canggih.
Pemikiran, pelaksanaan, dan gaya hidup bila nak berubah? Andai anda dulu
dilatih pegawai zaman batu, jangan lah anda pula mengajar anak bawahan anda syllabus zaman batu juga, gunakan syllabus yang baru, anda kena biasakan
diri dengan syllabus zaman besi!
Nampak tak yang dunia ini perlukan perubahan?
Kita semua tahu, mula nya askar di Tanah Melayu dulu dilatih
dengan Imperialis-imperialis Inggeris, jadi ketenteraan barat banyak influenced kita punya ketenteraan. Dan
perlembagaan malah. Tapi itu dulu waktu kita semua hanya tahu ZERO. Sekarang
kita dah tahun entah mungkin SERIBU dan mungkin lebih. So kenapa tidak bubarkan
yang lama buat yang baru yang lebih original??
Percayalah kita perlukan ISLAM dalam ketenteraan kita barulah kita jadi kuat!
Masa untuk berubah pak-pak askar, moh jadikan Islam sebagai
teras dan BERAMAL dengan AJARAN ISLAM YANG SEBENAR!
Abe-abe askar pun kena faham, Islam itu lembut dalam TEGAS
bukan lembut dalam GANAS.
Ps: Daun teringin nak lihat para askar kita sebagai seorang
Hafiz. Di malam nya seorang rahib, siang nya umpama singa di medan pertempuran!
"Mata melihat, akal berfikir, iman tentukan"
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDulu zaman kegemilangan islam, sekarang zaman kemunculan Dajjal..
ReplyDeleteSebab itulah kita nampak keganasan,kekejaman,kemaksiatan,terang2 berlaku sekarang.. siapa yg beriman insyaAllah selamat dunia akhirat.. & setelah tewasnya Dajjal barulah akan bangkit semula zaman kegemilangan islam..
Aku minat tentera tapi jujur aku cakap, sistem tentera kita terikut2 dgn pengaruh barat yg sukakan kekerasan & keganasan... Nabi ajar taknak ikut, org kafir ajar ikut.. jadi apa maknanya Kalimah Allah & Muhammad pada setiap cabang logo ATM tu ???
kalau setakat kuat dari segi mental & fizikal x boleh harap kalau iman x kuat.. ingat sebaik2 pertolongan hanyalah daripada Allah SWT.. lagi satu yg rasa diri tu hebat sangat jadi tentera kena ingat, ada masa kita diatas ada masa kita dibawah.. hidup ni bak roda.. jgn taksub sangat..